CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Berlumpur, Barang Rosak Tapi Al-Quran & Bilik Solat Cantik Tak Terusik!

23-12-2021 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7884| Komen: 86

Rumah berlumpur dan semua barangan rosak disebabkan banjir, tetapi al-Quran dan bilik solat berada dalam keadaan bersih seolah-olah tidak terusik dek banjir.



Baru-baru ini, sebuah video tular menunjukkan Ustazah Asma’ Harun tergamam menitiskan air mata melihat al-Quran terpelihara sedangkan keadaan rumah kotor akibat banjir.

Asma’ yang menyertai misi menyelamatkan mangsa banjir juga turut menunjukkan beberapa barangan lain langsung tidak basah serta al-Quran kering dan terletak elok di atas rehal.


Kredit foto: FB


Dalam video tersebut juga dapat dilihat kesan air banjir di dinding rumah itu yang berada di paras kepala Asma’.


Loading FB Post...
Minit ke 1:46:56

Sementara itu, tular lagi satu video Tiktok yang menunjukkan keadaan bilik solat yang bersih sedangkan rumah dipenuhi lumpur.



Melihat diruangan komen, orang ramai memuji kebesaran Allah yang melindungi bilik solat daripada terkena arus banjir.

“Subhanallah kuasa Allah. Semalam tengok video ustazah asma pasal al-Quran yang tenggelam air banjir tapi tak basah. Hari ini bilik solat pula,” komen pengguna Tiktok.


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 23-12-2021 11:22 AM
Tak boleh nak husnuzon.  
Quote eLiaD 23-12-2021 12:34 PM
Edited by eLiaD at 23-12-2021 12:37 PM

dh kne musibah un masih smpt nk momok org melayu..
reality nye 30 masjid, 60 surau dan 30 sekolah agama terjejas teruk skibat banjir..at mentakab surau n masjid nmpk bumbung je

RiP
Quote toynme 23-12-2021 12:47 PM
ntah la....tak tau nak koba
Quote Kitty_catz 23-12-2021 12:56 PM
citer2 mcm ni mmg makanan set2 mulayu tok2 isle

termasuk kes2 tanda2 nak mati apa semer tu

dah berpuluh tawon merdeka kut..pemikiran still masih cam zaman batu..
Quote ~boolean 23-12-2021 12:57 PM
aku ada tengok bideo setazah ni..

adalah ayat dia lebih kurang kata ini lah berkat pasangan suami isteri ni rajin baca quran, Allah lindungi etc..

Tapi...punyalah berlambak rumah lain al-Quran terjejas, bilik solat kena banjir...hat tak dapat diselamatkan ni kira tak dapat keberkatan ke apa..

Aku percaya akan kebesaran Allah, mungkin betul al-Quran ni bersih terpelihara...tapi tak perlu lah dijadikan konten...nama ustazah tapi takde beza dengan perangai mencapub bbnu tik tok..




Quote tumpanglalu74 23-12-2021 01:00 PM
Standby la esok2 ney polis feknius pegi serbu bilik sembayang kata feknius semate & setajah ney kene saman pulak kerane mencetuskan kegusaran antare agame yang mana agame lain seolah2 tiade keistimewaan.  Boley begini aku wat ayat untok polis2 bahalol sekelian???
Quote cmf_premierleag 23-12-2021 01:03 PM
setazah pi sana utk content ke?
saja tanyaaa
Quote exclusive_vvip 23-12-2021 01:12 PM
semalam I ada baca kat igs sapatah,dia screenshot org lain punya status..org tu cakap lebih kurang gini, kena stop dah citer2 psl Quran tak terjejas utk membuktikan kebenaran islam..kang kalu org tunjuk pulak bible@kitab2 agama lain tak terjejas,nanti boleh buat org confuse atau iman bolak balik..lebih kurang gitu la org tu tulis..and i bersetuju dgn pendapat orang tu..
Quote hyie 23-12-2021 01:17 PM
ada scene sejadah berdiri tak sistherrr?
Quote Bholatchomel 23-12-2021 01:18 PM
No. 1 - kuasa Allah.
No. 2 - Bilik tu yg tak der tingkap, 1 pintu jer.. bilik dia kedap, pressure dlm bilik tu yang tak bagi air masuk.  
Quote midori_katana 23-12-2021 01:28 PM
merepek la ustazah ni.. ramai agamawan yg tegur dah kenyataan dia kat efbi..
Quote krustykrab 23-12-2021 01:31 PM
Adoi la...udah2 la berita mcm ni
Quote scorpionkiki 23-12-2021 01:33 PM
Bilik tu i kagum...tp yg asma ni ulas...i pandang sepi ja..Sbb i tak suka si asma ni
Quote LadyCarefree 23-12-2021 01:52 PM
Ye ye je. LOLLLLL
Quote jas7512 23-12-2021 01:59 PM
Seandainya Rasulullah SAW masih hidup..adakah dia akan geleng kepala melihat the so called pendakwah2 islam ni....sbb dlm hidup ni bkn hanya kita perlu jaga hubungan dgn Tuhan tetapi juga sesama manusia..i pernah terbaca kisah lelaki yg selalu solat mlm tetapi namanya x tercatat dlm senarai org yg dikasihi Tuhan kerana mengabaikan hak jiran..i.e..x jaga hubungan sesama manusia..takut lak jdnya..huhu
Quote mbhcsf 23-12-2021 02:04 PM
Edited by mbhcsf at 23-12-2021 05:39 PM

well pada i , Quran tu kalamullah, pengucapan ALLAH, dan QURAn bukan MAKHLUK. ini dah established.
air, lumpur , semau tu makhluk Allah , so makhluk Akan ikut perintah ALLAH.

so tak mustahil pun , sebab Kisah Nabi Ibrahim AS pun dah menunjukkan itu.

it is okay...tauhid knowedge pada kita sendiri pun boleh cari rasionalnya apa yg dilihat.Allah berkehendakkan sesuatu ia terjadi. It is up to ALLAH SWT lah nak perintahkan ape pada makhluknya. easy.  ada tempat terjejas ada, but kalamullah Allah pelihara dari rosak, it s up to ALLAH nak menentukan sesuatu. I malas nak baca kecaman terhadap isu ni dan malas dok apolegetik juga. actually kalau tahu usuluddin yg asas bagus jugak untuk komen macam mana tentang perkara yg bersifat ontological versus empirical ni.
Quote pekanwoohoo 23-12-2021 02:12 PM
Lepas tu kalau tetiba bilik non muslim ada berhala pun tak basah nak cakap macamana pulak?
Quote kemaruk 23-12-2021 02:29 PM
Inilah bukti utuh Islam ajaran sebenar

Bukan kali pertama terjadi

Tengok lah ketika tsunami di acheh, masjid je yang tak terjejas

Tapi kenapa ada orang islam yang masih sanggup memfitnah saudara seislam sendiri bunuh model dari mongolia? Percuma je masuk neraka
Quote chaos_sweetly 23-12-2021 02:57 PM
hyie: ada scene sejadah berdiri tak  ...

Hahahaha…Ini plg win!!!

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.097988 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top