CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Terkejut Doktor Campur Sperma Dalam Makanan Suami

23-12-2021 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3233| Komen: 14

Seorang doktor didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral dengan mencampurkan air maninya ke dalam makanan.

Berikutan itu, pendakwa raya dalam perbicaraan di Mahkamah Daerah Semarang semalam menuntut Doddy Prasetyo dipenjara enam bulan.

CNN Indonesia melaporkan, dalam sidang tertutup yang diketuai Ketua Majlis Hakim, Gatot Sarwadi, pihak pendakwa raya menyatakan tertuduh bersalah melanggar Perkara 281 Kanun Jenayah mengenai kesopanan dengan sengaja mencampurkan sperma ke dalam makanan yang dimakan orang lain.


Gambar hiasan

“Defendan didapati bersalah melanggar Perkara 281 Kanun Jenayah sehingga sepatutnya dikenakan hukuman penjara enam bulan,” kata Pendakwa Raya Novie Amalia Nugrahaeni.


Tuntutan pendakwa raya itu dikecam Lembaga Keadilan Gender dan Hak Asasi Manusia (LRC-KJHAM) sebagai pihak yang mewakili mangsa.

LRC-KJHAM menganggap tuntutan pihak pendakwa adalah terlalu ringan di mana Artikel 281 Kanun Jenayah membawa hukuman penjara maksimum dua tahun lapan bulan.

“Sedihnya baru 6 bulan. Sepatutnya mengikut Perkara 281 Kanun Jenayah mengenai maksiat yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun lapan bulan,” kata peguam mangsa yang juga kakitangan kumpulan itu, Nia Lishayati, selepas perbicaraan di Mahkamah Daerah Semarang.

Nia juga meminta ketelusan dalam kes tidak bermoral di mana defendan adalah seorang doktor yang sedang mengikuti pengajian pendidikan kepakaran.


Gambar hiasan

Sebelum ini, Doddy Prasetyo didakwa melakukan perbuatan memalukan itu di sebuah rumah sewa di kawasan Kintelan, Semarang.

Selain doktor itu, rumah tersebut turut disewa Kukuh dan isterinya, Dwi.

Kukuh merupakan rakan sekerja doktor berkenaan dan juga seorang doktor yang kini sedang mengikuti pendidikan kepakaran.

Sekitar Oktober 2020, Dwi merasakan satu keanehan di mana menu hidangan yang dihidangkan kepada suaminya di ruang makan yang disewa sentiasa berselerak atau bertukar posisi selepas dia masuk ke dalam bilik.

Kerana berlaku beberapa kali, pada suatu hari Dwi ingin tahu dan meletakkan mod kamera pada Ipad miliknya yang diletakkan di ruang makan.


Gambar hiasan

Dwi cuba melihat rakaman video dari Ipad dan terkejut apabila mendapat tahu tertuduh sedang melakukan masturbasi di hadapan biliknya dan spermanya dimasukkan ke dalam makanan yang dimasak Dwi yang terhidang di meja makan.

Berasa meluat dan sakit hati, Dwi akhirnya mengadu kepada LRC-KJHAM yang disusuli dengan laporan polis Jawa Tengah.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 23-12-2021 10:43 AM
baik dia check laki dia lurus atau bengkok
Quote AbukRokok 23-12-2021 11:00 AM
cute je gambar
Quote Thunderclouds 23-12-2021 11:12 AM
Motip boh lam mknan?
Quote tikusmontok 23-12-2021 11:45 AM
Berita ndon kah? Tak pelik
Quote Orix 23-12-2021 11:48 AM
doktor pun mental....
Quote KIM.K 23-12-2021 11:51 AM
Edited by KIM.K at 23-12-2021 12:28 PM
Thunderclouds replied at 23-12-2021 11:12 AM
Motip boh lam mknan?


Doddy ngan Kukuh tu housemate/rakan sekerja sebab diorg pasangan gay
Mak Kukuh paksa kawin dgn Dwi pastu dia bawakla bini duk sekali dgn diorg

Disebabkan kukuh tu bottom maka dah biasa telan bleach doddy
So doddy masukkan semen dlm makanan Kukuh supaya Kukuh selalu ingat siapa daddyyy.
Quote Artemesiaa 23-12-2021 11:52 AM
Nasih si isteri bijak buat rakaman kalau tak sampai kesudah tak tahu cerita sebenar
Quote miemiecha 23-12-2021 11:54 AM
jaga2 yindon
berenang pun blh hamil, ni plak ltak lam nasik..
kang anak berenang lam perut tok laki pula..
yindon kan nothing imposibel
Quote Thunderclouds 23-12-2021 12:12 PM
KIM.K replied at 23-12-2021 11:51 AM
Doddy ngan Kukuh tu housemate/rakan sekerja sebab diorg pasangan gay
Mak Kukuh paksa kawin dgn Dwi ...

Urghh.. joy!
Quote Shazid 23-12-2021 03:54 PM
YUckkkssss....ape motif die ek? Die ade HIV ke??
Quote Suchi 23-12-2021 05:20 PM
Jijiknya dah la mastubasi depan bilik orang.
Seram plak duk sekali gini.
Sebenarnya dia suka ngn sapa isteri Kukuh atau Kukuh itu sendiri?
Quote buapakperut 23-12-2021 07:17 PM
Triska tersenyum sinis
Quote umbut 23-12-2021 08:00 PM
Fetish lah ni.. gilakkk punya indonn
Quote Zazama 24-12-2021 08:00 AM
Rasanya doktor tu rasa tertekan kut. Overload dgn keje.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.144770 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top