NEW ORLEANS – Sejak 2011, kira-kira 3.5 trilion tan bongkah ais di Greenland mencair menyebabkan peningkatan permukaan air laut dunia sebanyak satu sentimeter, sekali gus meningkatkan risiko banjir di seluruh dunia. Terbaru, sekumpulan pakar glasier memberi amaran berkenaan pencairan glasier Thwaites di Benua Antartika yang dilihat berlaku lebih pantas daripada yang dijangkakan, sepertimana dipetik laman berita The Guardian semalam, lapor Kosmo. Pakar-pakar tersebut terkejut setelah mendapati bongkah ais Larsen B seluas 3,250 kilometer persegi dan setebal 200 meter di kawasan glasier Thwaites mengambil masa hanya sebulan untuk cair sepenuhnya. ‘’Ia mengejutkan kerana bongkah ais gergasi itu cair begitu sahaja. Ia roboh seperti tembok dan pecah seperti ratusan ribu batu bata,’’ kata salah seorang daripada mereka.
Minggu ini, beberapa saintis mengadakan pertemuan di New Orleans dan memberi amaran bahawa sesuatu yang lebih membimbangkan sedang berlaku di lembangan ais Antartika Barat. Penyelidikan selama bertahun-tahun oleh pasukan penyelidik Britain dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa retakan dan rekahan besar telah berlaku diatas dan dibawah glasier Thwaites, salah satu glasier terbesar di dunia. Sebahagian daripada keretakan itu dikhuatiri runtuh dalam tempoh lima tahun akan datang atau kurang. Saiz Thwaites menjadikan Larsen B kelihatan seperti bongkah kecil. Glasier bersaiz kira-kira 100 kali ganda lebih besar dari negara Britain itu mengandungi isipadu air yang cukup untuk menyebabkan paras air laut dunia meningkat lebih setengah meter. Ia menyumbang kira-kira 4 peratus kenaikan paras laut tahunan di seluruh dunia dan telah dipanggil glasier paling penting dunia, termasuk ‘glasier kiamat.’ Kajian satelit menunjukkan glasier itu mencair jauh lebih cepat daripada yang berlaku pada tahun 1990-an. Beberapa tahun lalu, Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) telah menyiarkan hasil kajian Scott A. Kulp, dari Universiti Rutgers Amerika Syarikat tentang bandar utama di Malaysia yang mungkin akan tenggelam pada tahun 2050. Dalam kajian itu, Alor Setar dijangka akan menjadi sebuah pulau, sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan, Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam, Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor lenyap, Port Klang tenggelam, Shah Alam menggecil, KLIA bertempat di sebelah pantai" dan beberapa kawasan lagi turut tenggelam. - CARI |
Mopiko replied at 23-12-2021 01:36 PM
kalau kutub cair bukan je air laut naik tapi silap2 magnet bumi pun mula hilang. jadi cuba bayang ka ...
ADVERTISEMENT