CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Sangka Kasut Saya Lebih Penting" - Rina Harun

23-12-2021 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13372| Komen: 123

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menyifatkan, nyawa mangsa-mangsa banjir perlu diutamakan berbanding isu kasut tumit tinggi yang dipakainya ketika hadir mengadakan tinjauan dan menyerahkan bantuan sehingga menjadi bualan warganet.


Menurutnya, apa yang berlegar di fikirannya hanya keselamatan mangsa banjir sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai bencana itu yang pada ketika itu beliau menghadiri Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Kredit foto: IG Rina Harun

Rina menjelaskan, beliau tidak terfikir untuk menukar kasut dan hanya sempat menukar baju sebelum ke lokasi kejadian.


“Ketika itu (19 Disember) adalah Hari Perhimpunan Agung Bersatu dan saya selaku Ketua Srikandi turut hadir pada perhimpunan tersebut. Ketua perhimpunan saya mendapat banyak pesanan banyak kawasan yang dilanda banjir, ketika itu fikiran saya terjejas dan tidak senang duduk memikirkan masalah tersebut. Jadi saya mohon izin dengan Presiden selepas habis ucapan untuk keluar dan bergegas meninjau situasi mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat perpindahan sementara (PPS) Kota Warisan, di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, di sini hari ini.



Kredit foto: Twitter

Rina berkata, netizen seharusnya melihat keberadaannya di lokasi bagi menyalurkan bantuan segera yang diperlukan mangsa dan bukannya kasut yang menjadi pertikaian dan viral.

“Tak sangka kasut saya adalah lebih penting untuk difikirkan daripada saya berada di sana, saya minta maaf, saya berlari dari perhimpunan semata-mata ingin ke sana dan hanya sempat tukar baju serta seluar. Saya berjanji akan memperbaiki kelemahan yang ada pada diri,” tegasnya.


Kredit foto: Twitter

Dalam perkembangan sama, Rina turut menjelaskan isu gambar dirinya dalam satu poster bagi majlis sumbangan banjir Keluarga Malaysia yang dipercayai di sebuah hotel.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu menjelaskan, dia tiada kaitan langsung dengan majlis yang dinyatakan tersebut dan kehadirannya ke hotel berkenaan semata-mata untuk menerima sumbangan makanan dan kewangan dari syarikat swasta untuk mangsa-mangsa banjir.

“Program yang sebenar adalah saya menerima bantuan makanan 1,000 bungkusan yang dimasak di hotel tersebut untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir serta sumbangan kewangan sebanyak RM150,000.

“Adakah saya salah kalau saya hadir ke program tersebut untuk menerima bantuan dan menyalurkan kepada mangsa-mangsa banjir,” ujarnya.


Sumber: UTUSAN ONLINE 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 23-12-2021 06:40 PM
Ko patut turun tjk muka 2/3 jam sama2 rewang ngokssss
Quote cmf_premierleag 23-12-2021 06:42 PM
eleh..nak kaver kebodohan sendiri la tu
ni la sindrom org gemuk 100kg yg tetibe dh jd kurus..sindrom perasan lawa
ye la sbb selama ni kan gemuk gundu
dh slim ni baru tau apa tu lawa
Quote ekod79 23-12-2021 06:43 PM
Hapraknye die ni, menteri kot, punahsihat fesyen xde ke? Haha
Quote Samerosie 23-12-2021 06:46 PM
Iols ada gambo dia gi melawat pps kw.  Kasut sneakers brand spanking new sama la dgn 2-3 org yg ikut dia tu.  Semua sama shiny and new jugak.  Si rina ni mmg tak ada sports shors ke before this?  Ke beli sbb ada allocation?
Quote Orenn1 23-12-2021 06:50 PM
cmf_premierleag replied at 23-12-2021 06:42 PM
eleh..nak kaver kebodohan sendiri la tu
ni la sindrom org gemuk 100kg yg tetibe dh jd kurus..sindrom ...

Ntahnya, over namamposs semenjak kuruss ni, perasann lebihh asyikk nak melawa jahh semua tempat. Yg dulu bwk naik pesen designer photographer berpotoshoot bagaiiii kat opis jkm sampaiii skrg dia takde komen apa2 pun perangaii buruk dia tu. Dia punya perasann lawa tu skrg ni naik menyampahh tgk, tolonglah siapa2 pegi letak pika lama dia dgn geng2 umno yg zmn belum pakai tudung tu kat twitter, tag dia sekaliii pls lol dia ingatt kita lupa rupa asal dia  masa masihh gems lol kohkohkohhh
Quote syaz_lina 23-12-2021 06:50 PM
Bengapp lg bahalol
Quote Orenn1 23-12-2021 06:53 PM
Samerosie replied at 23-12-2021 06:46 PM
Iols ada gambo dia gi melawat pps kw.  Kasut sneakers brand spanking new sama la dgn 2-3 org yg ikut ...

Klu ada rasanya badan dia tak se gems ittew rasanya sebelum ni kohkohkohhh
Quote cmf_premierleag 23-12-2021 06:54 PM
Orenn1 replied at 23-12-2021 06:50 PM
Ntahnya, over namamposs semenjak kuruss ni, perasann lebihh asyikk nak melawa jahh semua tempat. Y ...

kalo ko tgk poster2 dr kementerian yg ada muka dia skang ni,mestiiiiii kene letak gambo dr kepala smpi pinggang ya
demiiii nk tunjuk dah slimmmm body tu
kalo ms gemuk dulu, stakat paras bahu/atas dada je sbb ye la gemuk kan body nya.
Quote miss_white 23-12-2021 06:56 PM
Ada yg doa ya allah gemok kn la rina balik
Kelakar lahh hahaha
Quote honeybee1802 23-12-2021 07:02 PM
Gaya2 princess sgt muntri ni buat lawatan kt pps..haha...sama dgn muntri duit tu..kalo tak reti belakon duduk ja kat opis sig  cheque
Quote Samerosie 23-12-2021 07:03 PM
Orenn1 replied at 23-12-2021 06:53 PM
Klu ada rasanya badan dia tak se gems ittew rasanya sebelum ni kohkohkohhh

Koh koh koh juga
Quote Orenn1 23-12-2021 07:04 PM
cmf_premierleag replied at 23-12-2021 06:54 PM
kalo ko tgk poster2 dr kementerian yg ada muka dia skang ni,mestiiiiii kene letak gambo dr kepala  ...

Oh biasalah jakun kurus, itu jah focus dia lps kurus ni, keja tu dah nombor berapa. Mmg last betina ni  dpt jd menteri
Quote wirazam 23-12-2021 07:06 PM
Tapi mmg lawa la daripada sebelum ni..dia dah kawin ke belum ye?
Quote cmf_premierleag 23-12-2021 07:07 PM
Orenn1 replied at 23-12-2021 07:04 PM
Oh biasalah jakun kurus, itu jah focus dia lps kurus ni, keja tu dah nombor berapa. Mmg last betin ...


mestiiiiiii amik gambo pinggang dan ke atassssss yach!!
sindrom 100kg baru nk merasa lawa
Quote Orenn1 23-12-2021 07:07 PM
wirazam replied at 23-12-2021 07:06 PM
Tapi mmg lawa la daripada sebelum ni..dia dah kawin ke belum ye?

Ko berminatt ke Dato' Wira?
Quote Orenn1 23-12-2021 07:10 PM
cmf_premierleag replied at 23-12-2021 07:07 PM
mestiiiiiii amik gambo pinggang dan ke atassssss yach!!
sindrom 100kg baru nk merasa lawa ...

Amboiii siap dgn mendada tahan nafas punyalah nak mpk rampinggggp, pompuan ni mmg gila lah dia lupa ke dia tu menteri jkm
Quote cmf_premierleag 23-12-2021 07:13 PM
Orenn1 replied at 23-12-2021 07:10 PM
Amboiii siap dgn mendada tahan nafas punyalah nak mpk rampinggggp, pompuan ni mmg gila lah dia lupa ...

nah tgk ni netizen siap edit lg

Quote Orenn1 23-12-2021 07:18 PM
cmf_premierleag replied at 23-12-2021 07:13 PM
nah tgk ni  netizen siap edit lg

Amboiii siap mmg betul adq majlis, dia nak menipu apa lagi. Mmg tak kena bermajlis mcm tu dgn kerusi meja utk tetamu dgn banner bagaii walaupun katanya igl ambik sumbangan disaat org tgh duduk atas bumbung berjuang just utk teruss hidop, gila lah menteri taraff ni
Quote umbut 23-12-2021 07:35 PM
Meluat aku diani. Camner leh jadi menteri. Sejak potong usus kemainnnn acah2 princessss maintain melawa keje ko.. apa sumbangan pun x tau.. bila badan gemukkkk jadi kurus camnilah perangainya..

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.257683 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top