Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor pada sebelum tahun 2008 pernah memulakan projek tebatan banjir berskala amat besar, namun dibatalkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih negeri tersebut.
Beliau berkata, projek yang dinamakan Canal City itu sudah diberi peruntukan RM3 bilion pada tahun 2007. Katanya, lokasi projek tersebut adalah ke selatan Majlis Perbandaran Shah Alam iaitu sekitar Taman Seri Muda dan Kota Kemuning. “Ia melibatkan pembinaan terusan air utama sepanjang 18 kilometer (km) merentasi daerah Klang hingga ke daerah Hulu Langat yang akan menghubungkan Sungai Klang dengan Sungai Langat dengan matlamat mengalihkan 30 peratus air dari Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak. Beberapa terusan sekundar juga akan dibina.
“Selain itu, ia juga akan membina beberapa takungan air yang amat besar seperti Hybrid off River Augmentation System (HORAS) untuk menyimpan air yang akan menjadi sumber air penduduk Selangor “Jika terusan air ini (dilaksanakan), ia dapat mengurangkan risiko banjir disamping dapat menambah rizab air mentah Selangor, namun saya rasa ada keperluan untuk mengkaji semula perlaksanaan projek ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. Menurut ahli Parlimen Pekan itu, projek tersebut mula dibina pada tahun 2007 sehingga tahun 2009, tetapi tergendala apabila kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu mengambil alih Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12). Loading FB Post... “Lalu projek tebatan air ini dibatalkan terus oleh kerajaan Pakatan Selangor dengan alasan ia tidak memberi manfaat besar bagi Selangor. “Akhirnya, tanah yang dikhususkan bagi projek ini dijual oleh kerajaan Selangor dengan harga murah giler kepada developer dua minggu sebelum PRU-13,” katanya yang turut menyertakan link berita berkenaan projek tersebut pada hantaran itu. Sumber: UTUSAN ONLINE
|
axl_bach replied at 24-12-2021 12:02 PM
Dijaya in RM1.3b deal to buy ‘Canal City’
Friday, March 31st, 2017 at Business | Corporate Malays ...
axl_bach replied at 24-12-2021 12:01 PM
Work at Canal City project ongoing
The Editor
On its ‘My Space Plan’ home promotion, he said IJM Land was targeting to rake in sales of between RM200 and RM250 million over a three month period from the campaign.
While acknowledging that property prices had softened in tandem with the slowing economy, Soam said response from buyers was still very encouraging, particularly for medium and mid-high end properties, the company’s mainstay.
aHoi83 replied at 24-12-2021 12:22 PM
Baru nk maki najib suh senyap. Thank@axl_bach . I tgu jawapan dari PH selangor. waktu tu azmin ali ...
ADVERTISEMENT