CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sri Lanka Guna Teh Bayar Hutang Minyak Pada Iran

24-12-2021 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2148| Komen: 10

Iran bersetuju untuk menerima teh sebagai bayaran kepada hutang minyak oleh Sri Lanka yang bernilai AS$251 juta (kira-kira RM1 bilion), lapor media negara itu pada Khamis.


"Dalam rundingan baru-baru ini, kami menerima perjanjian bertulis untuk Iran menerima bayaran hutang dan faedah dalam bentuk penghantaran bulanan teh yang dihasilkan di Sri Lanka," kata Ketua Organisasi Penggalakan Perdagangan Iran.


Gambar hiasan

Alireza Peyman-Pak dilapor berkata, persetujuan itu dicapai pada Selasa dan Sri Lanka akan mengeskport teh ke Iran setiap bulan, sehingga hutang berkenaan selesai.

Hutang berkenaan berkaitan pembekalan minyak dari Iran ke Sri Lanka, sembilan tahun lalu.

Pada 2016, penggunaan teh Sri Lanka digunakan sebahagian daripada rakyat Iran, namun ia semakin menurun beberapa tahun kebelakangan ini.

Perjanjian pertukaran barter itu akan membolehkan Iran yang berdepan pelbagai sekatan untuk mengelak daripada menggunakan mata wang terhad untuk membayar import bahan mentah ruji yang digunakan secara meluas di negara itu, kata Peyman-Pak.

"Iran dan Sri Lanka mempunyai potensi perdagangan yang sangat baik," katanya sambil menambah jumlah eksport bukan minyak Iran ke negara itu bernilai AS$100 juta (kira-kira RM419 juta) setahun.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 24-12-2021 07:41 PM
Anney, teh tarik wunnek!
Quote Samerosie 24-12-2021 08:02 PM
La, srinlanka ni kan kata dgn emas naper tak bayar utang dgn emas kalau tak de hard cash macam tin foil gang ckp tu?  Aleh2 barter dgn teh.  Esok2 mesti barter dgn kayu manis pula.
Quote kemaruk 24-12-2021 08:04 PM
Sri lanka ni majoriti bangsa tamil

Teroknya cara dorang urus negara.. sampai tergadai
Quote mikasa 24-12-2021 08:50 PM
Malaysia nak bayar pakai apa la dekat negara pemuitang
Quote keane.somewhere 24-12-2021 09:22 PM
Samerosie replied at 24-12-2021 08:02 PM
La, srinlanka ni kan kata dgn emas naper tak bayar utang dgn emas kalau tak de hard cash macam tin f ...

Batu delima
Quote Samerosie 24-12-2021 09:43 PM
keane.somewhere replied at 24-12-2021 09:22 PM
Batu delima

You kawan i gi sana, cinnammon stick dia rega beratus yg elok punya. Ingat nak kirim tapi tak pelah aku beli je la kat lotus.
Quote keane.somewhere 24-12-2021 09:58 PM
Samerosie replied at 24-12-2021 09:43 PM
You kawan i gi sana, cinnammon stick dia rega beratus yg elok punya. Ingat nak kirim tapi tak pela ...


Cinnamon diorg memang original...sejak zaman firaun diorg supply ke Mesir Dan Eropah kan.

Cinnamon kita pakai tu saintis kata bukan original..ada toxin
Quote Lagubestbest 24-12-2021 10:25 PM
ntah2 iran yg mintak.
Quote edayildiz 24-12-2021 11:12 PM
i pernah p sri lanka ikut abg bercuti..sorry not my taste..tiberrr
org sana mcm xsuka mandi kan?
Quote DARSITA 25-12-2021 05:26 AM


Malas nak hina pemimpin negara orang sebab negara kita punya pemimpin lagi teruk.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.177707 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top