Seorang lelaki menemui ajal selepas menunggang motosikal secara melawan arus sehingga dirempuh kereta BMW di Kilometer 219.1 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, T. Ruthinthiran, 33, disahkan maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa yang membawa motosikal jenis Yamaha Nouvo menunggang secara melawan arus dari arah Simpang Ampat menghala ke Seremban. “Mangsa menunggang melawan arus di lorong paling kanan dan kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis BMW dari arah Seremban ke Ayer Keroh telah bertembung dengan mangsa.
“Akibat rempuhan itu mangsa tercampak ke tengah pembahagi jalan dan maut di tempat kejadian,” katanya. Tambahnya, kereta tersebut yang hilang kawalan turut terbabas ke lorong paling kiri. “Dalam masa sama, sebuah Perodua Myvi yang berada di lorong tengah gagal mengelak kenderaan tersebut dan berlaku pelanggaran kedua. “Pemandu BMW tersebut mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu Myvi tersebut tidak cedera,” katanya. Katanya, saksi kejadian dan dua pemandu terbabit dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan. Ujarnya, mayat mangsa telah dibawa Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen ek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: K! ONLINE
|
matchstick replied at 24-12-2021 08:50 AM
Mabuk ke memang nk bunuh diri. Lorong paling kanan dia bwk motor tu..
doubleharmonic replied at 25-12-2021 06:34 PM
memang mabuk pon noreen ni yachh
matchstick replied at 25-12-2021 07:07 PM
Noreen tu ape uols..kenapa Nama Noreen ada Di mana2
matchstick replied at 25-12-2021 11:07 AM
Noreen tu ape uols..kenapa Nama Noreen ada Di mana2
ADVERTISEMENT