CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harith Iskander Persoal Peranan Tentera Ketika Banjir, Shahrol Shiro Tersinggung

24-12-2021 05:04 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6861| Komen: 55




Beberapa hari lalu, pelawak Harith Iskander, 55, mempersoalkan peranan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mangsa banjir dalam satu hantaran di Twitter. 

Harith mendakwa dia tidak melihat angkatan tentera sepanjang empat hari dia di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.

Justeru, dia mempersoalkan adakah tentera akan hanya turun padang apabila bencana yang sedang melanda negara diisytihar sebagai darurat. Harith seterusnya menulis, kenderaan amfibia tentera adalah sangat berguna dalam menyelamatkan nyawa di Taman Sri Muda.



Kenyataan Harith yang juga dikenali sebagai "Godfather of the Stand-Up Comedy" setelah memenangi Anugerah Asia’s Best Stand-Up Comedian oleh majalah Asia pada 2014 itu mendapat perhatian pelawak dan pelakon Shahrol Shiro yang melahirkan rasa tersinggung. 

Menurut Shahrol, dia sebagai anak kepada bekas tentera tersinggung dengan kenyataan Harith Iskander tidak nampak pasukan ATM turun membantu mangsa banjir.

"Berilah sedikit hormat buat petugas-petugas, anggota-anggota serta semua yang hadir memberi bantuan, bukan mencari siapa yang salah. Jika anda kata tidak nampak ATM turun membantu, saya sertakan gambar mereka yang turut serta dalam menyelamatkan mangsa banjir." katanya.



Terdahulu, ketika banjir besar melanda lima negeri pada hujung minggu lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertindak pada Jumaat, membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Loading FB Video...

Sumber mendedahkan, NADMA yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Klang, pada mulanya teragak-agak untuk mengerahkan ATM bagi usaha bantuan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 24-12-2021 05:15 PM
tak pernah rasa harith ni lawak. sorry ya
Quote pet_ayut 24-12-2021 05:17 PM
makin hari makin semak die ni..
Quote asfaz 24-12-2021 05:18 PM
Nitizens ckp kepala dia silau sebab tu tak nampak
Quote wnwa05 24-12-2021 05:21 PM
kerja nak hentam je. siasat betul2 tak nak... orang lain dari utara datang jauh2 tolong mangsa tak ada pun nak persoal pihak ni mana pihak tu mana..
Quote wnwa05 24-12-2021 05:24 PM
lagi satu macam mana dia boleh berada di kesemua tempat dalam 4 hari. bukan ke hari pertama dan kedua banjir shah alam air dalam ke banyak jalan terputus masa tu tak boleh lalu. kalau kata pergi hari ketiga keempat tak nampak ATM jugak memang membohong benar lah..awal2 lagi ATM dah masuk tolong
Quote TabletSusu 24-12-2021 06:21 PM
wnwa05 replied at 24-12-2021 09:24 AM
lagi satu macam mana dia boleh berada di kesemua tempat dalam 4 hari. bukan ke hari pertama dan kedu ...

dia tgk gambar2 yg kroni dia forward je. tu yg dia x nampak atm, polis, rela, bomba bagai tu
Quote cikbudu 24-12-2021 06:46 PM
Elok p dok negara lain la dia ni.... Semakkk
Quote Kurex 24-12-2021 06:47 PM
Celah mana pelawak?
Quote yayanz 24-12-2021 07:21 PM
lepas ni anggota keselamatan bila operasi menyelamat, sila selfie byk2, pastu uplod la kt mana2 medium.. bagi nmpk buat kerja.. klu x, org xtau dia buat kerja.. zmn skrg, buat apa2 'wajib' upload kt fb @ insta@ twitter..
Quote BungaTepiMeja 24-12-2021 07:41 PM
yayanz: lepas ni anggota keselamatan b ...

Masalahnya ATM bomba jpam semua ada je upload gambar bantu mangsa banjir tapi dekat page dorang lah sis. Dah si harith ni tak follow lepas tu nak tanya mana
Quote haruslah 24-12-2021 08:35 PM
Dia ingat team SAR byk masa nk selfie potoshot byk2 mcm dia
Jgn lupa, dia pun NGO k....NGO
Tapi nak cari potographer for free

Quote kbyne 24-12-2021 08:47 PM
Sepatutnya ATM hantar Navy,diorang pakar bab menyelamat dalam air.
Quote makneng 24-12-2021 08:55 PM
Makin lama makin annoying dia ni.
Semua benda x betul..
Sejenis palato.. Sembang kencang norreen terbang juga..
Kenapalah x ditelan dek air bah..
Mak syak air bah pun x lalu nak hanyut kan dia
Bau kohong. #donemaki
Quote ketupatnasi 24-12-2021 08:55 PM
haruslah replied at 24-12-2021 08:35 PM
Dia ingat team SAR byk masa nk selfie potoshot byk2 mcm dia
Jgn lupa, dia pun NGO k....NGO
Tapi nak  ...

Exactly!!!!
Dah tua pun bodo
Quote kotakominami 24-12-2021 08:59 PM
ATM buat kerja bukan untuk konten. Datang, tolong, balik.
Quote dudaberhias 24-12-2021 08:59 PM
Dia turun ke bila dia kata dia tak nampak tu? oiii nyah takkan la dorang nak berpakaian lengkap uniform semua masa mula2 datang bantu waktu darurat tu... Ke nak kena angkut senapang sekali baru tu di kira tentera? ada je theyolsss sebab iols ikut JPAM yach...

Takde la beruniform lengkap masatu, sebab sempat lagi ke nak berlaram macam acik rina perasan cantik sebab kurus tu?
Quote September14 24-12-2021 09:01 PM
Bodoh la dia ni menyampah aku

Ko ingt frontliner/atm tu smpat ke nak bgambar selfie bagai

Padan muka kena kecam.. setakat pelawak buat lawak bodoh ada hati nak mengkritik org..
Diri sdri pun x betul duk diam2 je lah
Quote Belibis 24-12-2021 09:08 PM
Ko pelawak atau pelawok?( Penipu)
Quote djzara81 24-12-2021 09:58 PM
Ntah nape aku rase mcm botak ni secara tersirat menyindir Agung.
Paling bangsat spesis yg show-off kt medsos demi secebis pujian.
Org yg buat kebaikan/kebajikan secara diam2 lebih mulia drpd periak.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.066266 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top