Tular di media sosial India rakaman video seorang wanita diikat pada sebatang tiang bersama kekasihnya sebelum dipukul selama beberapa jam di khalayak ramai, lapor akhbar Daily Star.
Difahamkan, wanita itu diperlakukan sedimikian kerana didakwa berlaku curang walaupun sudah beberapa tahun berpisah dengan suaminya. Kejadian dilaporkan dirakam di Mysuru, negeri Karnataka pada 25 November lalu. Dalam rakaman, wanita terbabit diikat pada tiang elektrik bersama kekasihnya dengan orang ramai berkumpul sambil menyaksikan kejadian itu.
Wanita itu dilihat menggigil dan tidak mampu bergerak kerana kedua-dua tangannya diikat. Menurut akhbar tempatan, India Today, wanita berusia 30 tahun itu sudah berpisah dengan suaminya dan tinggal bersama kedua-dua orang tuanya sejak tiga tahun lalu. Dia kemudiannya menjemput lelaki berusia 24 tahun untuk minum teh di rumahnya sebelum abang dan bekas suaminya datang dan menyerang mereka. Mereka kemudian diseret ke sebatang tiang elektrik terdekat dan dipukul selama beberapa jam. Ketua kampung yang mendapat tahu tentang insiden itu kemudiannya masuk campur dan membebaskan pasangan itu. “Kami telah mendaftarkan kes ini dan siasatan sedang dijalankan,” kata seorang pegawai polis tempatan. Sumber: Kosmo
|
Cik_jantung replied at 26-12-2021 03:58 PM
Ape ke bodoh korang nih... Dh cerai kan.. yg menonton tu plak xde akal ke.. ke tak berani
whadda replied at 25-12-2021 10:33 PM
Tak leh terima kenyataan la tu dah cerai
ADVERTISEMENT