Nora Danish terharu sungguh dengan sikap suaminya, Nedim Nazri Aziz yang tak pernah berputus asa memberikan bantuan kepada mangsa banjir.
Kata Nora dia terkejut melihat gambar suaminya yang hanya berkaki ayam semasa bertungkus-lumus membantu mangsa yang terkesan. Ini disebabkan suaminya itu merupakan seorang individu yang penggeli. "Berkaki ayam? My hubs la seorang penggeli yang teramat," katanya melalui Insta Story. Nora sangat bangga melihat Nedim sudi membantu mangsa banjir sampai bergaduh untuk memberikan bantuan kepada mereka.
"So so proud of you baby. I tak tahu mana you dapat semangat you. 4 hari berturut-turut, dari satu tempat ke satu tempat. "Sampai tak makan, pagi-pagi dan bangun, call sana sini, cari tempat yang memerlukan bantuan, sampai bergaduh nak tolong orang." Perkongsian Nora itu sempat dikongsikan kembali oleh Nedim Katanya, “Semangat saya datang dari dari awak dan anak-anak. Percaya lah satu hari nanti mereka ni lah yang akan bantu kita balik dengan keikhlasan mereka sendiri."
|
Cintakapuri replied at 26-12-2021 06:08 PM
Jgn contohi sbb bahaya taww. Sbb xtau apa yg banjir ni bawak, klu terkene paku berkarat...xke naya:f ...
dudaberhias replied at 26-12-2021 07:50 PM
Salah sorang yang terkena haritu khairul aming kot, sian heols dah la penat2 turun pergi tolong :f ...
alesandra replied at 26-12-2021 07:31 PM
setelah mengumpat mangsa banjir mintak selimut,gula.tetiba tunjuk acah2 terpaling volunteer berka ...
ADVERTISEMENT