CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Halang Sambutan Krismas Di Bukit Bintang? Ini Penjelasan PDRM

27-12-2021 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2726| Komen: 12

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan menghalang sambutan perayaan Krismas seperti didakwa dalam satu video dimuat naik di aplikasi TikTok pada Ahad.

Klip video itu memaparkan anggota polis bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) mengawal keadaan di hadapan sebuah pusat beli-belah di sekitar Bukit Bintang yang dikerumuni orang ramai pada Jumaat.


Kredit foto: TikTok

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya menafikan dakwaan dibuat dalam video tersebut oleh pemilik akaun TikTok bernama @jamalali866 yang mendakwa pihak polis dan tentera menghalang sambutan Krismas.

"PDRM ingin menjelaskan bahawa malam sambutan Krismas pada 24 Disember (Jumaat), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan penugasan rondaan keselamatan di lokasi tumpuan orang ramai.

"Penugasan tersebut bagi penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) bukannya pasukan tentera seperti dinyatakan dalam video tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.



Noor Dellhan berkata, pasukan pematuhan digerakkan ke lokasi tumpuan untuk mencegah sebarang aktiviti yang menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan SOP.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

"Kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 27-12-2021 12:01 PM
Yang pasti raya korg berkurung lagi ye utk 3 kali berturut-turut. Bangsa lain ade yg xprnh berkurung pun. Happy la kome yeee beraya tuh.
Quote kemaruk 27-12-2021 12:04 PM
Biasalah play victim
Quote WargaMalaysia 27-12-2021 12:23 PM
tik tok sekarang diguna untuk perkara2 negatif....tunjuk pandangan jahil sesetengah orang -lupa agama, bangsa & negara & adat setempat..
Quote KamikuP 27-12-2021 12:26 PM
Tahun 2022 siap sedia raya di rumah masin2 takleh balik kg
Quote djzara81 27-12-2021 01:34 PM
On Christmas eve aritu aku pi IOI City Mall Putrajaya. Ramai giler orang berbilang kaum. Kat area concourse tu, Christmas tree decoration cantik sgt. Pastu ade magic show & guess what, semua org lupa SOP. Aku senyum sinis tgk dari atas. Cluster Christmas dipandang sepi…
Quote Kurex 27-12-2021 01:37 PM
lepas ni raya cino, boleh bebas lagi. tetiba raya aidilfitri, kena kurung. tahun ni iols ambik cuti raya, kena perli ahso opis iols. kenapa nak cuti, bukannya boleh balik kampung. iols cakap, memang tak boleh balik kampung, tapi nak berehat dari kerja opis yg banyak ni
Quote Mikaella 27-12-2021 02:25 PM
aku antara yang ada di BB Christmas Eve hari tu. Mat Salleh semua bengang je 11.30 kena hambat keluar dengan siren lampu biru. AKu bagitahu diorang polis & orang awam yang buat report takde life tu sebab la diorang dengki... life diorang kan bosan kena menutup aurat je. dengki tengok Mat Salleh happy iaitu penyumbang utama pelaburan asing, bukak kilang-kilang gergasi bagi peluang pekerjaan gaji ribu raban, Mat Salleh ni foreign investor yang melariskan rental hartanah korang yang juta-juta last2 semua takut nak masuk Malaysia. Bodoh!
Quote AbukRokok 27-12-2021 02:46 PM
dilarang berkumpul kepala bangsat kau

hari aspirasi boleh
tu berkumpul kat epicentre banjir boleh
Quote AbukRokok 27-12-2021 02:47 PM
sbb itu kalau pindaan akta 342 diluluskan nti habis khatam la kita semua
Quote Simunggu 27-12-2021 02:50 PM
raya puasa berkurung kita ok ja....christmas, CNY, Deepavali bebas ke sana ke sini pandai lagi play victim...
Quote Skuau 27-12-2021 02:59 PM
Kjann sepatutnya guna kekdah....'risiko tanggung sendiri'....yg penting...'kena scan mysejahtera' supaya boleh tau drng 'mai mana'....
Quote krustykrab 27-12-2021 03:06 PM
Lantak lah korg nak berhimpun ke hapa..yg aku tunggu2 ni bila lah boleh nk kluar rmh tanpa face mask..rimas ko lagi2 yg pakai spec.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.033008 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top