Seorang wanita di Turki mengejutkan keluarganya apabila berkahwin dengan bekas teman lelaki yang menyebabkan wajahnya cacat seumur hidup.
Berfin Ozek, 20, hilang wajah aslinya dan hanya dapat melihat 30 peratus selepas diserang Casim Ozan Celtik, 23, dengan asid pada 2019 disebabkan berang hubungan mereka berakhir. Insiden itu dilapor kepada polis dan keluarga Berfin menuntut pembelaan hingga mahkamah daerah Iskenderun memutuskan hukuman penjara 13 tahun dan enam bulan ke atas Celtik. Namun, rayuan kemaafan berterusan Celtik selain janji untuk terus menyintai Berfin akhirnya membuka hati wanita itu untuk menerimanya kembali. Berfin bahkan memaklumkan kepada polis untuk menarik kembali aduannya dengan alasan, "saya sangat mencintainya dan dia juga mencintai saya." Celtik dibebaskan lebih awal berikutan perubahan undang-undang, yang ditambah pertukaran dibawa pandemik Covid-19. Sejurus pembebasan, dia terus melamar kekasihnya dan pasangan berkenaan berkahwin pada awal bulan ini tetapi pernikahan itu mengecewakan keluarga Berfin. Bapa Berfin, Yasar Ozek berkata, anaknya berkahwin tanpa pengetahuan mereka. "Saya berjuang untuknya selama bertahun-tahun dan kini semuanya sia-sia," katanya. Sumber: Harian Metro
|
mamajawie replied at 27-12-2021 12:13 PM
betul la tu cakap bapak pompuan ni memang sia2 belaka..cpat nau cair dengan ayat2 penjenayah..tu tim ...
slavehunter replied at 27-12-2021 01:35 PM
Sekarang every Saturday 2pm ada cerita Turkey series kat Tv3, boleh pulak lepas kena culik dengan Ki ...
ADVERTISEMENT