Usahawan kosmetik Sajat atau nama sebenarnya Mohammad Sajjad Kamaruz Zaman kini berada di Australia dan terpisah jauh dengan kedua anak-anaknya, Syaza dan Syahmi. Melalui satu perkongsian di Instastorynya, Sajat meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anaknya itu namun dia tidak pernah lupa untuk membuat panggilan video setiap hari bagi mengubat kerinduan. “Walaupun Ummi jauh dengan anak-anak Ummi, Ummi tak pernah lupa video call hari-hari anak-anakku. Rindunya pada anak-anak.
“Ummi simpan rindu ini nak peluk cium anak-anak Ummi.. Ummi jauh, hanya video call dapat mengubati kerinduan anak-anak Ummi. I love you Syaza dan Syahmi,” luahnya. Sajat turut memberitahu dia akan bangkit semula demi anak-anaknya kerana baginya kedua anaknya itu adalah harta paling berharga. “Dari jauh ku mencurah kasih sayang buat mu anak-anakku..Ummi akan bangkit balik untuk anak-anak Ummi. Harta Ummi paling berharga dunia ini adalah Syaza Syahmi..Ummi rindu sayang,” katanya. Terdahulu, sebahagian aset Nur Sajat dilelong RM132,000 dan kini peguam sedang meneliti aset lain yang dimiliki usahawan kosmetik itu bagi menyelesaikan baki pampasan kepada OWA Resources Sdn Bhd. Proses lelongan terbabit dilakukan selepas mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Shah Alam berikutan kegagalan Sajat membayar pampasan kepada bekas stokis utama itu. - CARI |
orkidorkido replied at 27-12-2021 01:16 PM
Mommy la baru glamer. Makbapak budak-budak tu ada duk dalam rumah tu kan? Depa pun tak ingat kau la ...
chacon replied at 27-12-2021 01:48 PM
dulu bukan polis tak dapat kesan dia ke?? sekarang dah terang2 kat australia kenapa tak angkut balik
orkidorkido replied at 27-12-2021 01:16 PM
Mommy la baru glamer. Makbapak budak-budak tu ada duk dalam rumah tu kan? Depa pun tak ingat kau la ...
Makbapak budak-budak tu
orkidorkido replied at 27-12-2021 01:16 PM
Mommy la baru glamer. Makbapak budak-budak tu ada duk dalam rumah tu kan? Depa pun tak ingat kau la ...
ADVERTISEMENT