Kecoh jadinya bila tular video video Datuk Seri Rina Mohd Harun membersihkan sebuah sekolah di Sepang, Selangor pada Ahad baru-baru ini.
Rakaman tersebut menyaksikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menggunakan water jet membersihkan simen yang didakwa sudah bersih. Di Twitter, netizen hentam habis-habisan! "Rina, Kau cuci apa tu, situ lumpur semua orang dah bersihkan apa lagi yang kau buat? Elok ambil water jet tu sembur otak kau!"
Bukan itu sahaja, rakaman tersebut juga menyaksikan ramai jurugambar dan juruvideo mengelilinginya. Disebabkan itu Datuk Seri Rina dituduh hanya bermain wayang sahaja. Tambahan pula pakaiannya langsung tak tercalit lumpur pun. Malah ada yang bertrima kasih kepada penyebar video tersebut kerana dapat menunjukkan realiti sebenar dan membolehkan rakyat menilai sendiri kredibiliti menteri Malaysia. Susulan video tular tersebut, JKM tampil mempertahankan Rina. "JKM terpanggil untuk menjawab isu tular yang mendakwa Datuk Seri Rina hanya 'berposing' mencuci simen bersih di sebuah sekolah. "Sebaliknya JKM sebagai jabatan yang menguruskan operasi ini memohon kesudian menteri untuk mencuci kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar dicucikan sebelum ini. "Memandangkan peralatan 'waterjet' sedia ada di lokasi pembersihan, Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM dan beliau melakukan kerja itu dengan dada lapang dan hati terbuka. Tambah JKM, Rina turut mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan tingkap bilik darjah, menyusun atur meja dan kerusi pelajar supaya keadaan kembali seperti sedia kala berikutan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi. "Datuk Seri Rina turut mengemas khemah-khemah yang digunakan oleh mangsa banjir untuk simpanan bagi kegunaan akan datang." Malah menurut JKM ianya tidak adil untuk netizen membuat tohmahan dan memperlekehkan usaha serta pembabitan beliau dalam operasi pembersihan ini. Apa pendapat anda? -CARI
|
tripleid replied at 27-12-2021 02:12 PM
Hahaha...pdn muka haritu kutuk sgt waterjet rm1000 kann
fairiza replied at 27-12-2021 02:22 PM
Mmg aku ada yg rm300 punya.. xleh pakai lama kene stop sat baru pakai balik, kalau x nanti rosak w ...
tripleid replied at 27-12-2021 02:28 PM
Yup..kalo stakat nak basuh sangkar kucen boleh la guna water jet rege 200-300..tapi kalo dah rumah ...
Trumpettt replied at 27-12-2021 01:58 PM
Photographers....10 org? Byk bajet
tripleid replied at 27-12-2021 02:28 PM
Yup..kalo stakat nak basuh sangkar kucen boleh la guna water jet rege 200-300..tapi kalo dah rumah ...
tumpanglalu74 replied at 27-12-2021 01:39 PM
ADVERTISEMENT