Poligami merupakan antara perkataan paling digeruni dan amat sensitif terutama buat golongan wanita. Realitinya, seandainya barang pun kadangkala kita tidak gemar untuk berkongsi, apatah lagi apabila ia melibatkan seorang suami.
Namun, berbeza dengan wanita ini yang memiliki bukan satu tapi tiga orang madu. Bercakap kepada mStar, wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi, 31, ini mengakui, walaupun terkesan, sikap tolak ansur dalam berumah tangga itu penting demi menjamin kebahagiaan mereka.
"Perasaan tu tak dapat dinafikanlah, memang tak ada yang sanggup nak bermadu tapi masing-masing dapat bertolak ansur demi kebahagiaan dan business masing-masing. "Yang penting suami kena berlaku adil dan kasih sayang juga perlu sama rata," katanya. Mimi yang merupakan isteri pertama berkata, kesunyian yang dirasai setiap kali suaminya bertugas di luar kawasan menyebabkan dia meminta suaminya itu untuk mencarikannya madu. "Saya yang suruh suami cari madu sebab saya nak ada teman dan yang paling penting wife kedua sebenarnya adalah BFF (best friend forever) saya pada asalnya. "Lelaki jarang nak lepaskan peluang macam ni kan, tapi ada la syarat yang tertentu," katanya, namun bagaimanapun tidak ingin berkongsi antara syarat yang ditetapkan kerana terlalu peribadi. Terdahulu, perkongsian Mimi yang turut sama dalam majlis pernikahan madunya yang keempat tular di laman TikTok. Menurut Mimi, perkahwinan keempat suaminya itu yang berlangsung pada 21 Disember lalu mendapat restu ketiga-tiga 'isteri tua'. "Bila dia beritahu nak kahwin yang kedua dan lain-lain saya boleh terima sebab saya bersetuju, saya tak kisah pasal bermadu asalkan dia adil, tak curang dan kalau dia mampu tak salah. "Jadikan madu-madu ni sebagai kawan atau adik beradik baru la dapat rasa kemanisan madu tu," katanya sambil menambah bahawa keempat-empat mereka berasal dari Kelatan, dan menetap di rumah yang berbeza. Selain Mimi, suaminya, seorang kontraktor yang hanya ingin dikenali sebagai Wary, turut berkahwin dengan Rina, 26, Anis, 25 dan Tiha, 25. Kesemua mereka menjalankan perniagaan yang berbeza secara kecil-kecilan. Menurut Mimi yang berkahwin pada tahun 2014, mereka kini mempunyai dua orang cahaya mata, iaitu anak perempuannya yang kini berusia tujuh tahun serta seorang lagi anak lelaki berusia empat tahun, hasil perkahwinan Wary dengan dengan isteri keduanya. Sumber: mStar
|
Hizert replied at 27-12-2021 03:51 PM
spesis rare nih...untong naseb masing2.
Normabaru replied at 27-12-2021 11:00 AM
Entah nape kaka rasa depa ni jns trisam forsam..sskjp kan buas2 hahaa
pinksarah replied at 27-12-2021 09:10 PM
uiks..
buas2 pulak..hahahaha
Normabaru replied at 27-12-2021 11:17 AM
No offense tp set2 birah xmalu Gersang segala byk Mai Dr Sana..tgk jela dsv bini caprice jah bubi ...
pinksarah replied at 27-12-2021 09:22 PM
none taken..
hahaha..
ADVERTISEMENT