Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun lemas di sebuah kolam renang di Probolinggo, Jawa Timur ketika ibunya leka bermain telefon bimbit.
Kejadian berlaku pada Jumaat lalu ketika mangsa dan ibu bapa serta adiknya pergi kolam renang tersebut untuk beriadah. Setibanya di kolam renang itu, mangsa dan adiknya bermain di kolam renang kanak-kanak sambil diperhatikan ibu bapa mereka, selain terdapat pengawal kolam yang memerhati. Selepas itu, bapa mangsa mahu ke tandas dan meminta isterinya memerhatikan anak-anak mereka dan tanpa pengetahuan mereka, mangsa masuk ke dalam kolam renang dewasa.
Ibu mangsa ketika itu leka bermain telefon bimbit dan tidak perasan jika anaknya sudah masuk ke dalam kolam renang dewasa. Keadaan itu hanya disedari apabila pengawal kolam menjerit ada orang lemas dan dia segera terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan mangsa. Ibu mangsa terkejut dengan keadaan itu dan anaknya berjaya dibawa keluar dari kolam, namun keadaannya kritikal menyebabkan kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital. Namun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan kolam berkenaan ditutup sementara untuk diperiksa. Dalam pada itu, Ketua Polis Pakuniran, Tavip berkata, kejadian itu berlaku kerana kecuaian ibunya yang leka bermain telefon dan dia serta suaminya diminta untuk membuat surat yang menyatakan mereka menerima kematian mangsa dan menolak sebarang unsur jenayah. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT