Kejadian buli jalanan sekali lagi berlaku.
Kali ini melibatkan seorang lelaki dewasa mengasari seoarng warga emas bertempat di belakang Summit USJ. Video berdurasi 3 minit 56 saat itu berjaya dirakam oleh videocam seorang pemandu yang kebetulan melalui jalan yang sama dan tersebar luas dilaman sosial sejak malam tadi. Daripada rakman. jelas kelihatan lelaki dewasa yang merupakan pemandu Nissan Sentra ST5199F itu dilihat tidak berpuas hati dengan pemandu warga emas yang memandu kereta Ford Laser WBF9352, Kejadian itu dipercayai berpunca dari mangsa yang tidak menyedari kereta Nissan di sebelah kiri hendak memotong keretanya. Justeru lelaki itu menganggap mangsa sengaja tidak mahu memberikannya ruang untuk memotong lalu bertikam lidah.
Sebaik kereta mangsa berhenti untuk beratur mengambil giliran membuat pusingan U, lelaki itu keluar dari kereta dan bertikam lidah dengan mangsa sekali lagi.
Berang dengan dengan lelaki tua itu, dia terus meluru ke arah mangsa dan menarik rambutnya sebelum kembali buat kali kedua menolak muka mangsa. Bagaimanapun, seorang lelaki berbaju merah yang menyaksikan kejadian itu segera membantu mangsa dan menahan pemandu Nissan itu dari terus bertindak ganas. Malangnya, tindakan lelaki baju merah itu pula mengundang rasa tidak puas hati isteri dan anak kepada pemandu Nissan berkenaan. Bagaimana pun, kedua-dua mereka buat laporan polis di balai polis Subang USJ 8 dan mereka mencapai persetujuan antara satu sama lain melalui penyelesaian secara baik, akhirnya kes ini dibatalkan. Walaupun kes ini diselesaikan secara baik atas persetujuan kedua-dua pihak, namun gejala buli jalanan adalah tidak wajar berulang kali berlaku, rakyat Malaysia perlu lebih bijak kawal emosi masing-masing di mana-mana sahaja. - CARI Infonet |
3
Bagus |
11
Marah |
2
Terkejut |
8
Sedih |
11
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT