"Tentang seorang wanita, bagi saya, berbalik kepada ajaran islam kita,diutamakan suami. Apapun tujuan kehidupan dia, celik je, waktu pagi je, mata dia celik je, pemikiran dia tentu untuk suami dia. Bukanlah kita kaum laki-laki nakkan begitu tapi ini nasihat kepada kaum wanita agar lebih disayangi, agar lebih dicintai".
Begitu pandangan penyanyi Jamal Abdillah apabila ditanya tentang istimewanya wanita dari kaca mata Dato' Jamal Abdillah melalui sesi temuramah bersama Majalah Nona baru-baru ini. Beliau yang menerima anugerah 'Nona Superhero Award' juga meminta agar wanita disanjung untuk diri sendiri dan keluarga.
Jamal, 62 pernah tiga kali menemui kegagalan di dalam perkahwinan sebelum berkahwin kali keempat dengan isterinya sekarang, Datin Zai Izzati Khiruddin, 26 pada tahun 2017. Perkahwinan pertamanya dengan Basirah Abdul Latiff pada 1988 namun bercerai pada 1996. Pada 2001, beliau bertemu jodoh dengan Noraina Mohd Yusof dan dikurniakan seorang anak lelaki, Osama Yamani yang kini berusia 20 tahun. Selepas bercerai dengan Noraina, Jamal berkahwin pula dengan Fatimatuzahrah Samad pada 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani, 15 dan bercerai pada tahun 2009. Perkahwinannya dengan Datin Zai Izzati dikurniakan sepasang cahayamata, Nur Azura Yamani, 2 dan El Issac Yamani, 1 tahun dan kini isterinya hamil anak ketiga mereka. - CARI
|
apiang replied at 27-12-2021 08:22 PM
tergamak sungguh nona bg award superhero..yihhhhhh
syaz_lina replied at 27-12-2021 08:46 PM
Ko mendadih tak fikir anak bini pun kann..dah 60an anak still kecik2 lg, hope masa depan bdk2 tu tak ...
ADVERTISEMENT