CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tolong Jangan Sumbangkan Apa-apa Lagi - Azhan Rani

28-12-2021 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6582| Komen: 26

Pelakon Azhan Rani mengambil keputusan menghentikan misi bantuan terhadap mangsa banjir yang dijalankan sebelum ini.


Kredit foto: IG Azhan

Azhan, 45, berkata, keputusan itu dibuat berikutan beberapa faktor diambil kira.

"Maaf kami terpaksa berhenti di sini. Gudang penyimpanan kami di Sungai Choh itu pun cuma dipinjamkan tanpa bayaran.


Kredit foto: IG Azhan


"Kami perlu pulangkan semula pada pemilik. Dia juga ada perniagaan di situ. Sahabat-sahabat sukarelawan kami juga perlu kembali pada tugas dan tanggungjawab hakiki masing-masing.

"Ampun maaf kami terpaksa berhenti dulu di sini. Apapun kami tetap akan jadi tulang belakang buat mana-mana sukarelawan atau sesiapa jua yang ditimpa musibah setakat kemampuan kami," katanya.



Azhan menerusi hantaran di media sosial akan tetap berpegang kepada konsep 'kita jaga kita' serta slogan #darirakyatkepadarakyat akan terus terpahat dalam semangat mereka.

"Sama-sama kita doakan agar lebih banyak cerita yang baik-baik buat kita semua nanti. InsyaAllah akauntan tak bergaji kami @fizleehafiz akan kemaskini akaun akhir tabung sumbangan kami. Nanti saya kongsikan.

"Cuma tolong jangan sumbangkan apa-apa lagi untuk pasukan kami. Kita bantu pula pada pasukan lain yang masih meneruskan misi ini," katanya.

Azhan berkata semua yang terbabit dalam misi bantuan banjir teramat letih.

"Masing-masing keletihan teruk semalam. Hampir jam 2 pagi baru sampai rumah. Bagilah peluang mereka tarik nafas dulu. Terima kasih semua yang terbabit.

"Terima kasih budi baik dan prihatin setiap orang yang menyumbang. Semoga berpanjangan kasih sayang sesama kita," katanya.



Menurutnya, misi bantuan yang dijalankan hampir 10 hari asalnya kerana mahu menghantar sekotak pakaian untuk mangsa banjir ke Meru.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 28-12-2021 02:11 PM
Barang yg tk bole hantar tu sedekah kt mana2 yg memerlukan
Quote helicornia 28-12-2021 02:48 PM
kawasan batu kapur ni memang teruk kena banjir
sampai ari ni dorang tak abis mengemas lagi
Quote Mamason 28-12-2021 03:13 PM
Kesian bagi yg ditimpa musibah... bagi yg kehilangan rumah tu lagi laa... semoga kuat dan tabah.
Quote Buritan 28-12-2021 03:22 PM
Mamason: Kesian bagi yg ditimpa musibah ...


Hanya yg kena shj yg memahami.. aku takat bg sumbangan bolehlaa.. lainn tak mampu
Quote Kurex 28-12-2021 03:22 PM
panjangnya caption kau nok....
Quote kotakominami 28-12-2021 03:42 PM
Banjir macam ni memang akan jadi lagi teruk dan lagi teruk...sekarang ade lagi org nak bagi bantuan....tapi bila dah kerap sgt banjir nanti ade lagi ke yang nak bantu.....selagi ade aktiviti pembalakan haram , pembalakan halal, cari gali, bersih hutan, selagi tulah org kampong kena hadap semua ni.....same je kat bandar pon buat projek mega tp sistem saliran fail, rumah setinggan berlambak, sampah buang dalam sungai....hadaplah banjir setahun sampai 2 3 kali....
Sape salah? Tauke besar?Tukang lulus projek?org tgh?agensi kerajaan?ketua kampung? Atau rakyat sendiri sebab tak berani nak ckp ape2...sebab bukan wa punya hal.....
Quote beta_carotene 28-12-2021 03:50 PM
Kurex replied at 28-12-2021 02:22 PM
panjangnya caption kau nok....

nonok2 je biasanya caption pnjg2 kan...

anyway, hatimu mulia azhan rani.. semoga dipermudah urusan
Quote belilies 28-12-2021 03:54 PM
Steadylah azhan rani, dah lebey stgh juta followers heols. Namron patutnya masa camnilah kumpul followers, tayah nak dedah2 body bagai
Quote Cik_jantung 28-12-2021 10:39 PM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:00 PM

...........
Quote Rogue98 28-12-2021 11:11 PM
At least dia honest bagitau kenapa kena stop dulu. Good job azhan...harap dapat lah bantuan berterusan kepada mangsa banjir
Quote Suchi 29-12-2021 07:14 AM
belilies: Steadylah azhan rani, dah lebe ...


Namron aritu ade post gambar ngn sorang pompuan seksi yg shooting ngan dia.Iols tak kenal sapa pompuan tu tp katanya follower dia paling ramai kat malaysia ni berbelas juta.
Buka ig dia terkejut gak semua gambo belanja yg 18sx ja belaka patutla follower bebelas juta.
Pastu dengarnya acc minah tu kena ban kot takpun namron yg kena block plak ngn minah tu.

Ramai lak jantan2 bising risau ig minah tu hilang.
Quote asfaz 29-12-2021 07:30 AM
Suchi replied at 29-12-2021 07:14 AM
Namron aritu ade post gambar ngn sorang pompuan seksi yg shooting ngan dia.Iols tak kenal sapa pom ...

Ig hilang takpe lagi jangan orgnya yg hilang kembali ke rahmatullah

Utk off topic , smlm ai ada baca 1 ig yg ai follow. Dia ckp satu tempat dia pergi ni, teruk kena banjir tapi tak dihighlight. Pastu dalam komen ada sorang ni komen "jangan hantar bantuan ke pps"
Aritu pun ada igs sound pasal sukarelawan yg amik toto bawak balik. Bila mangsa banjir mintak toto kata takde, dah hbs walhal berlambak lagi.
Sukarelawan yg buat cmni mmg hampeh eh.. org susah , lagi disusahkan.  Diambil kesempatan. Busuk nama sukarelawan lain
Quote exclusive_vvip 29-12-2021 07:45 AM
Cik_jantung replied at 28-12-2021 10:39 PM
Takyah la tanya klu yg belari tu mak ko camana... Tak perlu tanya kot. Dh banjir kan boleh jadi pada ...


tu la..I pun x suka caption gitu..dah ada rezeki dari segi masa & tenaga utk turun padang, buat je la,bersyukur la..musibah ni bukan ujian utk mangsa saja, ujian utk semua org termasuk sukarelawan..ujian hati..yakni ujian utk diorg bersangka baik dengan org2 lain yg x turun padang mcm diorg, ujian nak riak atau camne..
Quote kechikchomel 29-12-2021 08:01 AM
asfaz replied at 29-12-2021 07:30 AM
Ig hilang takpe lagi jangan orgnya yg hilang kembali ke rahmatullah

Utk off topic , smlm  ...

Haritu abg ipar iolss pergi area orang asli kat NS. Bawa makanan kering kot. Pastu ada la sorang orang asli ni nampak convoy dorang, dia kejar n bagitau, tak yah hantar barang² tu. Iolss tak ingat kenapa. Takde tempat nak simpan ke dah banyak sangat dah. Convoy dorg tu pun pergi la hantar tmpt lain
Quote stingergodiva 29-12-2021 08:12 AM
are we bracing ourselves for this week heavy and continuous downpour again guysz?

gosshhhh
Quote stingergodiva 29-12-2021 08:15 AM
kechikchomel replied at 29-12-2021 08:01 AM
Haritu abg ipar iolss pergi area orang asli kat NS. Bawa makanan kering kot. Pastu ada la sorang o ...

org ditimpa bencana bagi barang kering..periuk belanga banyak dah dlm lumpur...lu org takda otak keww? nak bantu pun biar yg bersasar dan lebih praktikal....

nanti bila ditegur..dikatakheun mangsa tak sedar diri..memilih...pulak

Quote haruslah 29-12-2021 08:22 AM
Kena pi bantu yg duk ceruk2 kampung lak
Byk yg total lost
Kesian dgn balak melambak
Nak jual, xleh lak

Bagus AR ni mintak stop sumbangan
Pastu nak update acc
X mcm sstgah tu pulun mintak sumbangan
Tp berapa dapat pun xcerita
Makan berapa pun senyap jer
Quote Suchi 29-12-2021 09:12 AM
asfaz replied at 29-12-2021 07:30 AM
Ig hilang takpe lagi jangan orgnya yg hilang kembali ke rahmatullah

Utk off topic , smlm  ...


Ni perkara biasa bila babitkan org tgh yg diamanahkan.
Iols harap free market kembali lg since pasor malam pun blh beroperasi.
Sbb konsep free market ni kita bawak baju kita tu open table or tikar pastu susun or gantung nnt org susah dtg pilih sendiri baju mana dia nak.

Bila kita amanahkan kt org mmg takleh elak la bab sorting n filter nih, iols tiap tahun bg baju kat org kadang tu hat masih ada tag harga pun iols bg.
Harap sukarelawan tak amik dulu yg ada tag tu.
Dulu kawan iols bitau cleaner kat sekolah dia keje org susah dan nak baju kalu ade org bg,kebetulan iols ada byk baju yg tak muat sbb badan dh kecil so syg sgt baju lawa2 n helok.

Iols hantar kat kawan iols tu suh bg cleaner tu sbb kwan iols pun keje kat sekolah tu.
Kawan iols bgtau masa dia bukak tgk baju2 iols ada yg dia amik suar jeans iols sbb muat ngn saiz dia katanya.
Agak terkejut gakla sbb patutnya takyah la nak sorting ke apa sah2 la iols nk bg kat cleaner tu bukan nak bg kawan iols pun.
Tak patut la dia pilih dulu mana yg dia nak pastu baru nak bg kat org tu.

Quote wak_pijah 29-12-2021 09:21 AM
Suchi replied at 29-12-2021 09:12 AM
Ni perkara biasa bila babitkan org tgh yg diamanahkan.
Iols harap free market kembali lg since pas ...

Tak suka betul perangai camtu kan, tak amanah.

Lepas tu mcm double standard mentang2 acik tu cleaner dia pegi bukak barang yg sis nak bagi, sort amik mana dia suka lagi. Sorry terkutuk kawan sis, rengsa kalau ada org camtu.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.171071 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top