CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perbalahan Search, Ada Dirujuk Tapi Datuk M Nasir Tak Nak Masuk Campur

30-12-2021 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5129| Komen: 29

Komposer dan penerbit album terkenal, Datuk M Nasir tidak mahu masuk campur dalam isu perbalahan kumpulan Search yang kini terpecah dua iaitu yang dianggotai pemain gitar adik-beradik, Noordin dan Kid serta satu lagi kumpulan dianggotai bekas penyanyinya, Amy, Nasir Daud (bass), Man Kidal (gitar) dan Hillary Ang (gitar) yang turut menggunakan nama Search.


Bagaimanapun, M Nasir yang sinonim sebagai penerbit dan komposer kebanyakan lagu Search mengakui tindakan Noordin dan Kid mengeluarkan kompilasi lagu berat dan balada Search dalam produk Rockology Search : Kid'Din Collection Series baru-baru ini bukanlah satu kesalahan. 

"Tiada masalah kerana ia memang dibuat oleh industri rakaman. Ia boleh dijual dengan cara yang dibenarkan. Syarikat rakaman boleh jual tapi dengan syarat berlesen. Memang ada perniagaan di situ. Namun, perbalahan membabitkan hal yang empunya itu yang serba salah. Dia bukan tak suka kerana orang yang jual benda ini, tapi dia tak suka orang yang ambil benda ini," katanya.



Foto: IG

M Nasir mengakui, konflik kumpulan rock legenda itu pernah dirujuk kepadanya.

"Tiada penyelesaian sebab komunikasi pun lambat. Kita bercakap mengenai satu kumpulan yang dah lama. Usia mereka pun ada dah lebih 60 tahun," katanya.

Terdahulu, Noordin berkata, situasi yang berlaku membuatkan peminat Search kini berpecah kepada dua.

M Nasir berkata, perkara ini mungkin nampak buruk kepada dia dan pemerhati, namun tidak pada mereka yang terbabit. 

"Benda itu boleh diselesaikan sebenarnya dengan adanya komunikasi di tengah-tengah," katanya.

Selain terbabit dalam sebahagian besar penerbitan album-album Search, M Nasir juga orang bertanggungjawab membawa Search ke industri rakaman apabila memperkenalkan mereka kepada syarikat rakaman Polygram yang membawa kepada penghasilkan album sulung Search, Cinta Buatan Malaysia pada 1985. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 30-12-2021 10:13 AM
masa utk bersara lah...

orang kerja swasta pn umur 50-55 diorang dah bagi skim pencen awal, MSS< VSS

tak lama lagi aku dgr pos malaysia pn ada mss. vss. pakcik2 makcik 50 an dah tunggu masa nak pencen, jd adalah lebih baik bagi pencen / persaraan terus...
Quote KamikuP 30-12-2021 10:55 AM
Dah tua pon nak bergadoh apo laa membongak je sorang2
Quote Zaien 30-12-2021 10:58 AM
dh tua pun memasing... xyah la dok kalut pening bubar je trus
Quote lasagna 30-12-2021 11:02 AM
alaa semua nk dpt royalti laa kot? konon sape contribute lebih dapat lebih laa agaknya. hakikatnya semua kena bg sama rata, dah sibuk plak nk split2 ehh gasak laa.. kubur dah kata mari dah pun, sibuk hal donia ni. udah2 ler tu.
Quote Deadsoul 30-12-2021 11:49 AM
Noordin dengan Kid ni bagus sgt ke?
Aku prefer original Search - Hilary, Yazit, Amy.
Quote AshkieLa 30-12-2021 11:57 AM
dulu2 satu team berbalah dengan yazit..
yazit dah arwah, skang korang adik beradik pulak...
esok2 kalau ade yg arwah, sape pulak nak amik tempat..
dah tua2 pun berebut duniawi lagi...
Quote stingergodiva 30-12-2021 11:58 AM
Sifu ini respected dari sudut sebagai pengkarya seni bukan sebagai mediator....

Mulut nak bukak pun berat...ikut kepala dia aja....

Yes you may be intelligent tapi kalau dah tak boleh nak berkommunicate secara effective...apa manfaatnya?

Kahkahkahkahkahkab
Quote stingergodiva 30-12-2021 12:02 PM
lasagna replied at 30-12-2021 11:02 AM
alaa semua nk dpt royalti laa kot? konon sape contribute lebih dapat lebih laa agaknya. hakikatnya s ...

[youtube]W14wH2_7hQo[/youtube]

Ini tak adil....

Kahkahkahkahkahkah
Quote September14 30-12-2021 12:10 PM
Pelik pelik lah dh tua bangka pun nak bgaduh pasal band…
Quote lasagna 30-12-2021 12:12 PM
stingergodiva replied at 30-12-2021 12:02 PM
Ini tak adil....

Kahkahkahkahkahkah

hahahaha kira lahh sampai abg jamil mamp*ssss..
Quote Madel 30-12-2021 12:14 PM
Masing2 dah bau tanah..tunggu masa nak gol je
nak berebut royalti pun bukan nya ada juta2..lain la kalau korang tu retis america level2 Metalica ke apa duit royalti makan tak abis.
Quote eLiaD 30-12-2021 12:44 PM
ni sume nk meninggal mati mata terbukak er sbb kempunan x dpt royalty

RiP
Quote Shazid 30-12-2021 03:10 PM
Sayangnya grup yg dah berpuluh tahun berbalah
Quote izat123 30-12-2021 05:18 PM
stingergodiva replied at 30-12-2021 11:58 AM
Sifu ini respected dari sudut sebagai pengkarya seni bukan sebagai mediator....

Mulut nak bukak pun ...

Dah kenapa pulak M Nasir nak jadi mediator Search ni? Amy dengan Kid Din tu bukan budak budak lagi dah. Tua gayut dah. Setel lah sendiri
Quote nakkomenjugak 30-12-2021 06:27 PM
Errrkkkkk
halahhh dah tua2 punnnn
Quote belacan_gurl 30-12-2021 07:11 PM
Duit la penyebabnya...senang cerita....
Quote stingergodiva 31-12-2021 09:46 AM
izat123 replied at 30-12-2021 05:18 PM
Dah kenapa pulak M Nasir nak jadi mediator Search ni? Amy dengan Kid Din tu bukan budak budak lagi ...

Bila ahli mendapatkhennya, it shows that they treat him not just as rakan perjuangan tapi lebih dari iteww...as rakan keluarga perhaps.... the least he could do is to give his two cents worth....but the final decision you can always leave to the group members...kenapa berat sangat?...sedangkheun...you have to admit they are like family members sama sama naik dulu...walau lebih dari aspek professionalisma....
Quote zaraaqilah 31-12-2021 12:56 PM
dah kertu2 ni mmg cepat sensitip sikit...touching sana sini....berbincanglah elok2. Kumpulan rock negara luar lagi hebat...sampai mati pon stay forever dengan group asal
Quote pinkzara 31-12-2021 01:03 PM
Kid dan din masih survive dlm industri muzik.
Amy dah umum keluar dari search, tapi masih menyebok halang kid dan din nak kembangkan perniagaan atas nama search.
Ikutkan kid dan din berhak sbb mereka tak pernah umumkan yg dia keluar dari search.

Yazid tu owner search tapi telah di abaikan.

Kalau tanya org seni, kebanyakannya tak brp nak sebut nama Amy.
Org belakang tabir lagi suka nak sebut Nama Awie as rock #1.
Korang blh jalna2 yfk org seni yg dah jadi you tuber, cerita Mcm2.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040553 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top