CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daiyan Trisha Kerap Haus Dan Mengantuk

30-12-2021 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2486| Komen: 12

Sepuluh hari menjalani kuarantin kendiri di rumah, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha berkongsi pengalamannya dijangkiti virus maut Covid-19 pada awal Disember lalu.


Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasarudin, berkata dia tidak mengalami gejala yang teruk seperti kehilangan deria rasa.

Namun selepas bebas daripada virus itu, Daiyan mengakui dia kini kerap berasa haus dan mengantuk.

Foto: IG

"Mula-mula saya tak alami gejala yang teruk. Saya kuarantin selama 10 hari tapi hari ketiga paling banyak simptom saya alami.

"Tapi hari keempat dan seterusnya dah semakin baik. Alhamdulillah saya pun tak ada hilang deria rasa cuma ada la sakit tekak dan sakit kepala.


"Selepas saya dah bebas daripada Covid-19, kesannya saya cepat mengantuk dan cepat rasa haus. Orang kata memang dua minggu dalam proses nak sembuh," katanya.



Penyanyi lagu Penat ini ditemui ketika majlis akad nikah selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran di Colony By KLCC, Kuala Lumpur.

Pada 4 Disember lalu, pelakon filem Buskers ini mendedahkan dia disah positif Covid-19, dipercayai dijangkiti daripada beberapa kru sebuah produksi drama.



Dalam pada itu, Daiyan berasa syukur apabila tiada lagi masyarakat yang bersikap skeptikal untuk berada dekat dengan bekas pesakit Covid-19.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun ini, masyarakat mula menerima kehidupan norma baharu yang dikelilingi orang yang pernah dijangkiti virus tersebut.


"So far Alhamdulillah... tak ada bersikap skeptikal untuk dekat dengan bekas pesakit Covid. Mungkin dahulu ada sebab tak ramai dalam kalangan kita yang kena.

"Tapi sekarang ini, ahli keluarga, rakan baik sendiri pun dah kena. Apabila saya kena, ada kawan pun DM cakap dia pun sama.



"Jadi, mungkin orang dah mula terima. Alhamdulillah vaksin juga sangat membantu mengurangkan simptom," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 30-12-2021 10:47 AM
kerap haus ngn ngantuk..mcm tanda tanda prediabetes je tu
Quote prince_marhaen 30-12-2021 11:20 AM
biasa cepat haus (dahaga/lapaq ayaq), mudah mengantuk....ada diabetis... tapi kekadang kuat toceng malam-malam pun ye jugak...ehhh...hahahahahaha!
Quote Raline 30-12-2021 12:26 PM
pe benda la? haus pg la minum air. mengantuk pg la tidur
Quote katak hijau 30-12-2021 12:27 PM
Diabetic kot
Quote lyshafull 30-12-2021 12:29 PM
Dh kene main teka teki simtom2 dia lak
Quote mummydarling 30-12-2021 12:30 PM
itu pon jadi isu haiyaaaa
Quote anony-mous 30-12-2021 12:34 PM
Muka makin lain dah. Menuju kehancuran sbb byk sgt usik
Quote ketambangkang 30-12-2021 12:36 PM
kencin maneh la tuh
Quote doubleharmonic 30-12-2021 03:30 PM
so? apa jadah nak digosipkan ni hah noreen? lain la ko nak bagitau ada morning dickness ke hapa boleh gak jadi bahan speku acik2 porem?
Quote sofinamini 30-12-2021 03:31 PM
nie je newsnya ?
Quote sharlenetexas 30-12-2021 03:47 PM
Tgk muka boleh jadi adik nadia cucu brian. Nadi shahab tu pulak jd sepupu.

Quote aldinaa 30-12-2021 03:54 PM
hidung baru tak lawa mana. silap klinik ke, silap percaturan?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.032719 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top