Penyanyi, Sufian Suhaimi mengakui tidak dapat menahan rasa sebak saat mengerjakan umrah buat pertama kali awal Disember lalu.
Katanya, hal yang ingin dilakukan ketika tiba dan berada di tanah suci adalah untuk melihat Kaabah dengan mata sendiri. “Sebelum tiba di Mekah, saya memang teruja untuk melihat Kaabah. Sesampainya di sana, saya masih boleh kawal perasaan lagi. Tetapi, apabila tawaf bermula, tiba-tiba hati menjadi sayu. Tak tahulah kenapa… Mungkin sebelum pergi umrah ada macam-macam isu yang saya lalui, termasuklah tentang kerja, hubungan cinta dan juga hal-hal peribadi.
“Jadi saya gunakan kesempatan berada di sana untuk berdoa dan meminta kepada Allah. Tentulah, saya minta kemudahan untuk bekerja, kesihatan yang baik, dipertemukan jodoh yang baik, rezeki dan juga kesejahteraan dunia serta akhirat,” katanya kepada Gempak.
|
ariellin replied at 31-12-2021 04:14 PM
Aku ada soft spot kat baby pian sbb dia budak pandai
ADVERTISEMENT