CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Bakar Rumah Kalau Bapa Tak Beli Burger

30-12-2021 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3204| Komen: 28

Mahkamah Majistret Selayang menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap lelaki berusia 29 tahun kerana mengugut bapanya untuk membakar rumah jika tidak dibelikan burger dan pulang segera.


Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Adib Akmal Mohd Sauffi selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 28 Disember.


Gambar hiasan/Says

Mengikut pertuduhan, Mohammad Adib didakwa melakukan ugutan terhadap bapanya, Mohd Sauffi Baharudin, 65, untuk membakar rumah sehingga mendatangkan ketakutan di kediamannya di Taman Bolton, Batu Caves, Selangor, pada 10 malam 27 Disember lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian ketika mangsa keluar, mangsa menerima panggilan daripada tertuduh yang menyuruhnya membelikan burger dan pulang segera ke rumah.

Sekiranya mangsa tidak membelikan burger, tertuduh mengugut untuk membakar rumah.

Takut dengan keadaan itu, mangsa terus membuat laporan polis.

Ketika rayuan, Adib yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, M Mariappan memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya hanya berniaga kecil-kecilan dan berpendapatan RM1,000 sebulan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

“Dalam kes ini, tertuduh mengugut bapa kandungnya sendiri. Sebagai anak, tertuduh sepatutnya menjaga dan menghormati bapanya bukan mengugut,” katanya. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 30-12-2021 06:56 PM
Sangkak punye manusia nk makan burger pun suruh bapak yg tua belikan
Quote che-cikL 30-12-2021 07:04 PM
#teambapak

Bagus bagi pengajaran gini. Walau pun dah agak lambat dah besar panjang, biar dia rasakan
Quote buapakperut 30-12-2021 07:17 PM
bapa o bapa kenapa anak mu begitu kurang ajar
Quote cmf_premierleag 30-12-2021 07:19 PM
dah tua bangka pun mintak bapak belikan burger
bahlol punya jantan
Quote doubleharmonic 30-12-2021 07:27 PM
dah nak 3 series pon suruh orang belikan burger? apa noreen sangat perangai ko ni?
Quote Orenn1 30-12-2021 07:34 PM
cmf_premierleag replied at 30-12-2021 07:19 PM
dah tua bangka pun mintak bapak belikan burger
bahlol punya jantan

Itulahh bangsatttnya. Nape ntahh ramaii jantan bangsatt tak guns kat msia ni, dah lah bodoh time sekolah, ramai tak belajarr tinggi lol dah bsr menyusahhian org jahh
Quote Orenn1 30-12-2021 07:37 PM
setakatt burger sebiji suruh bapak beli siap dgn pakejj ugut bakar rmh, kenapa ramaii jantans melayu tak berguna skrg ni. Apa dorg buat time belajarr dulu sampaiii dah dewasa jd low class gini nak makan burger pun tak mampuu siap ugut org suruh belii dia nak mentedarah
Quote Orenn1 30-12-2021 07:38 PM
Maiu bagi penamparr jahh muka tu jantans bangsatt mcm ni
Quote lasagnaklcc 30-12-2021 07:44 PM
Mmg jenis perangai hansuang la tu sampai bapak dah tak tahan.
Quote sambaldurian 30-12-2021 08:02 PM
Tula lain kali letak nama anak  one word je.xyah pjg2 klu perangai hazabedah.
Quote Orenn1 30-12-2021 08:08 PM
Burger sebiji tak mampu beli sampai buat drama ni klu kawin mmg menyusahkan bini
Quote Orenn1 30-12-2021 08:09 PM
Ramaiii jantsn jd bewakkk hidoppp kat msia dasarr takde maruahh
Quote mbhcsf 30-12-2021 08:16 PM
Bagus tindakan ayahnya - maka bersakan sakanlah mengecapi kehiduoan bahagia di lokap. atau di penjara?
itu paling bermakna.
Quote cmf_premierleag 30-12-2021 08:50 PM
Orenn1 replied at 30-12-2021 07:34 PM
Itulahh bangsatttnya. Nape ntahh ramaii jantan bangsatt tak guns kat msia ni, dah lah bodoh time s ...

mmg bangsat pun
padahal duk kt selayang je pun
sah2 ada foodpanda grab food sune tu kalo dh benak sgt malas nk keluar membeli kan
bukannya duk ulu banat yg takde sume tu
takpun masak je la sendiri.bukan susah mana pun nk masak burger kan.unless la pemalas nk mampos
elok la bapaknya report polis
Quote 3chanceno 30-12-2021 09:02 PM
Bagus tindakan bapak anak tak guna nie...mungkin perangai hanat hari2 marah2 ibubapa

Duk dalam semuga mendapat hidayah sebelum ibubapa dah takde
Quote Adrif 30-12-2021 09:23 PM
kebetulan baru habis seketul burger.

hujan2 ni burger ramly tepi jalan laku gila weeyyyhh. makan panas2 dengan sos banjir auummm
Quote shernazz 30-12-2021 09:39 PM
Elok.masuk penjara
Rasa jadi hamba.plak..
Dah kena.baru tau nak merayu bagai
Pergi lah mati
Quote Tembikaigoreng 31-12-2021 07:29 AM
Order kat panda or grab lah......otak mana oi
Quote Orenn1 31-12-2021 07:35 AM
cmf_premierleag replied at 30-12-2021 08:50 PM
mmg bangsat pun
padahal duk kt selayang je pun
sah2 ada foodpanda grab food sune tu kalo dh benak  ...

betullah ko kata jeniss pemalass agaknya, semua nak hidangg depann muka. Yg aku herann kenapa dgn parent sendiri jd bangsatt mcm tu, thread sebelah pulakk kes kess jantanm lahanattt pukull bapakkk dia, mmg bangsattlah hanjeng2 ni semua perangaiiii

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.080897 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top