KUALA KANGSAR – Penjualan arak di kedai runcit dan serbaneka perlu dilihat semula memandangkan ia memberi lebih banyak kesan negatif kepada masyarakat dan penduduk setempat. Malah, sebelum ini telah banyak kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga mengakibatkan kematian sekaligus mencetus reaksi serta pandangan mendesak supaya kerajaan mengetatkan undang-undang berkaitan bagi menanganinya. Terkini, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) memutuskan akan melaksanakan larangan menjual minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di daerah ini bermula tahun 2022, seperti mana dipetik daripada laporan Kosmo. Menurut laporan itu lagi,larangan ini menjadikan MPKK sebagai pihak berkuasa tempatan kedua melaksanakan ketetapan itu selepas Majlis Daerah Selama yang memutuskan perkara itu sebelum ini.
Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021 yang berlangsung hari ini. Bagaimanapun menurut Zulqarnain, jualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam masih dibenarkan dengan beberapa syarat dikenakan. “Ada dibincangkan tetapi kita mesti mematuhi apa-apa perundangan diperingkat Persekutuan serta akta-akta berkaitan dan juga enakmen-enakmen di peringkat negeri. “Kita dah boleh laksanakan dan tahun 2022 kita akan mulakan untuk kawasan yang memang sudah jelas majoriti Islam kita tidak akan benarkan, maka mereka yang bukan beragama islam yang berada di situ boleh beli ditempat lain,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021, di D’ Village Resort, Karau, di sini, hari ini. Larangan penjualan arak ini dilihat sebagai satu langkah terbaik terutamanya di kawasan majoriti Muslim dan pasti orang ramai turut mengharapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan-kawasan masing-masing akan mengikut jejak langkah MPKK dan Majlis Daerah Selama. - CARI |
dudaberhias replied at 31-12-2021 07:11 AM
Tapi situ tak ramai pun kaki tonggang tak haramkan pun takde beza tak ramai pun kaki tongg ...
dudaberhias replied at 31-12-2021 07:11 AM
Tapi situ tak ramai pun kaki tonggang tak haramkan pun takde beza tak ramai pun kaki tongg ...
Bagaimanapun menurut Zulqarnain, jualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam masih dibenarkan dengan beberapa syarat dikenakan.
dudaberhias replied at 31-12-2021 07:11 AM
Tapi situ tak ramai pun kaki tonggang tak haramkan pun takde beza tak ramai pun kaki tongg ...
pyropura replied at 1-1-2022 07:37 AM
So bermakna ramai ler Melayu isele kola kangso yg.kaki tonggang botol yer ??
mbhcsf replied at 31-12-2021 01:44 AM
baguslah , buat ape ambil sesuatu yg mudaratkan kesihatan fizikal and aqal dan menyusahkan org sekel ...
ADVERTISEMENT