Jika sebelum ini kelab peminat Zul Ariffin, (ZAFC) menafikan 'Boss' mereka itu sudah berkahwin, semalam Ruhainies pula menafikan dakwaan dia sudah mendirikan rumah tangga secara senyap-senyap dengan aktor berkenaan.
"Kami berdua memang kawan baik dan sangat rapat. Terus terang saya seronok berkawan dengan Zul sebab dia seorang pendengar yang baik. Apa yang boleh saya kongsikan, kami berdua masih bujang dan belum berkahwin. Tapi kalau ada berita baik, kami akan kongsikan kepada semua. "Lagipun soal perkahwinan ini seeloknya dikongsikan kepada orang ramai supaya tidak mengundang fitnah atau buruk sangka," katanya dipetik dari Harian Metro.
Sebelum ini, ramai membuat andaian kedua-dua pelakon itu sudah mendirikan rumah tangga selepas melihat beberapa video tular memaparkan kemesraan mereka berdua. Justeru, Ruhainies memohon maaf sekiranya video kemesraan dengan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 itu mengundang rasa kurang senang kepada segelintir pihak. "Saya ingin mohon maaf sekiranya video kemesraan saya bersama Zul membuatkan anda berasa tidak selesa. "Sebenarnya kami sangat rapat sebagai teman baik dan kami juga saling faham antara satu sama lain. Kalau boleh saya enggan ulas isu ini dengan lebih panjang sebab saya sedar yang tak mudah nak puaskan hati semua orang," katanya. Mungkinkah Ruhainies yang dimaksudkan ZAFC antara individu yang mendakwa mereka sangat rapat dengan Zul? - CARI
|
dudaberhias replied at 31-12-2021 08:05 AM
Ade sape tanya ke? Kau nak melambung sampai ke atap rumah jiran pun takde sape heran nyah (iols pang ...
scarflicious replied at 31-12-2021 07:42 AM
Boyfriend kaya mana?
olezzeli17 replied at 31-12-2021 01:18 PM
Lama dh takde penampakan bf Ruhainies ni ye.. dulu selalu la jugak nampak dlm post IG..
mamastoney replied at 31-12-2021 01:38 PM
Mcm biasa, ZA takkan komen psl heroines yg dia duk peluk2, dukung2, dakap2, usap2 tu, tp si heroines ...
ADVERTISEMENT