Gara-gara cemburu buta, seorang wanita dibakar hidup-hidup sehingga maut oleh suaminya ketika sedang mendirikan solat.
Susila, 32, dituduh suaminya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain selepas mangsa meminta duit sebanyak 100,000 rupiah (RM29) daripada suaminya untuk menziarah mentua di Suro Seberang Ilir. Namun, disebabkan perahu yang sepatutnya menumpangkan Susila tidak tiba, dia tidak jadi melawat mentuanya itu, lapor Kompas.com. Suaminya mempertikaikan tindakan tersebut dan terus menuduh dia mempunyai lelaki lain dan berlaku curang.
Mengimbau semula kronologi kejadian, Anis yang merupakan ibu kepada Susila berkata, mangsa meneruskan solatnya walaupun ketika suami sedang memarahinya. Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, suspek, Apriansyah, 32, membakar isterinya itu tanpa menunggu penjelasan mangsa. Apriansyah juga sempat menyuruh anak lelakinya pergi ke kedai membeli bahan bakar, namun tidak dituruti kerana mengetahui tujuan sebenar bapanya. Sumber: Utusan
|
n3ar replied at 31-12-2021 08:30 AM
pun sama...baca tajuk dh tahu dari indon
woit sudah2 la post berita indon dlm forum ni
n3ar: pun sama...baca tajuk dh tahu dari indonwoit sudah2 la post berita indon dlm forum ni
ADVERTISEMENT