Remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi individu termuda menamatkan pengajian di Universiti Nevada, Amerika Syarikat dan memperoleh ijazah kelimanya dalam masa empat tahun, lapor MailOnline.
Jack Rico dari California dilaporkan memperoleh empat ijazah bersekutu sebelum berusia 13 tahun. Dia kini berjaya menamatkan pengajiannya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sejarah dari Universiti Nevada dengan purata nilai gred (GPA) sebanyak 3.78. “Sejujurnya, saya amat menyukai semua kelas yang diikuti.
“Sebahagian daripada kelas saya adalah berkaitan sejarah dan filem, jadi saya belajar sesuatu yang berbeza dalam setiap kelas,” katanya. Rico sebelum itu mengikuti pembelajaran di rumah bersama ibunya, Ru Andrade. Bagaimanapun, selepas empat tahun, wanita itu berdepan cabaran untuk mengajar sesuatu yang baharu kepada anaknya. Susulan itu, pada usia 11 tahun, Rico menduduki peperiksaan penempatan di Kolej Fullerton yang menawarkan program lonjakan digelar K-12, dan mendapat markah tinggi sehingga membolehkannya ditempatkan dalam kursus peringkat kolej. |
pekanwoohoo replied at 31-12-2021 09:50 AM
Dekat Malaysia boleh ke buat macam ni jugak? Teringat dulu masa sekolah rendah, selalu mengantuk bil ...
orenmango replied at 31-12-2021 07:51 AM
Associate degree rasanya. Bawah sikit dari degree tapi still impressive. Kagum I dik atas kegigihan ...
AnBulisia replied at 31-12-2021 01:23 AM
jubah merah tu macam rowan atkinson mukanya
wirazam replied at 31-12-2021 12:18 AM
Genius dan mempunyai peluang..rakyat Malaysia juga ada yg mcm ini tetapi entah mengapa xde peluang u ...
ADVERTISEMENT