Jakarta: Pasangan yang pernah tular di media sosial empat tahun lalu kerana perbezaan usia masih bersama, malah bahagia sebagai suami isteri sehingga kini.
Tribunnews melaporkan Slamet Riyadi, 19, menerusi video di satu saluran YouTube mendedahkan rumah tangganya dengan Rohaya, 71 masih kekal. Slamet yang bekerja sebagai tukang urut juga memberitahu isterinya itu sihat dan berada dalam keadaan baik. "Nenek Rohaya baik, dia ada di rumah. Rumah tangga kami juga aman bahagia.
"Saya masih sayangkannya dan kami cintakan satu sama lain ," katanya yang memberikan wang upah mengurut diterima kepada Rohaya. Selain menjadi tukang urut, Slamet turut melakukan beberapa pekerjaan lain untuk menyara keluarga, antaranya membina kandang dan memotong rumput. Katanya, dia tidak memilih kerja kerana baginya, apa yang lebih penting pendapatan diperoleh daripada sumber halal. Menurut Slamet, dia menyenangi sifat Rohaya yang penyayang dan suka bekerja. Katanya, isterinya itu juga pandai melayaninya, malah sering menyanyikan lagu kegemarannya ketika tidur. Bagi Slamet, tiada faedah yang dia dapat dengan menduakan isteri. "Daripada kita menduakan isteri lebih baik jadi bujang saja," katanya. Difahamkan, Slamet kini tinggal bersama Rohaya dan anak tirinya. Sejak kisahnya tular hingga kini, banyak pujian diterima Slamet kerana kesanggupannya berumah tangga dengan wanita yang jauh lebih berusia. -CARI Sumber: Harian Metro
|
umbut replied at 31-12-2021 10:27 AM
Errrmmmm... Camna nek layan kehendak batin slamet ni.. Leh lagi ke
manehnya replied at 31-12-2021 09:51 AM
hummm nenek pun di sayangi.... camana la andartu yg lawa2 tu x dak yg org kenann
gideoncross replied at 31-12-2021 02:07 PM
Ptutlah pompuan 30 mcm iol x d minati, rupa2 nya smua dh gi kat pompuan2 yg dh tua.
umbut replied at 31-12-2021 10:27 AM
Errrmmmm... Camna nek layan kehendak batin slamet ni.. Leh lagi ke
Katanya, isterinya itu juga pandai melayaninya, malah sering menyanyikan lagu kegemarannya ketika tidur.
shernazz replied at 31-12-2021 02:21 PM
Adakah jodoh uols skang ngah tadika?
Tuhan saja yang tahu...
Adrif replied at 31-12-2021 11:29 PM
menyembur aku gelak baca tang ni
ok laa.. cara diorang romantik suami isteri.
gideoncross replied at 1-1-2022 09:03 PM
Mampuih no hahahaha.
ADVERTISEMENT