CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jemaah Mengamuk Di KLIA Sebab Tak Cukup Kaunter' - KJ

31-12-2021 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3679| Komen: 20

Rakaman memaparkan jemaah umrah yang tidak berpuas hati kerana terpaksa menunggu lebih lima jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tular pada Rabu lalu.


Ia sekali gus menimbulkan pertanyaan netizen mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

Pada Khamis, Menteri Kesihatan, Khairy Jalamuddin Abu Bakar berkata, kekurangan kaunter untuk proses pemakaian peranti pengesanan digital pada waktu itu menjadi punca kira-kira 500 jemaah umrah terpaksa menunggu lama di KLIA.



Ujar Khairy, selepas melihat perkara tersebut, beliau membuat keputusan untuk mengeluarkan jemaah tersebut dan mewajibkan mereka memakai gelang pink.


“Dan saya telah maklumkan sehingga syarikat yang mengendalikan (peranti pengesanan digitial) tidak dapat buat (kaunter) dengan cepat, kita masih lagi akan guna gelang pink.

“Tetapi saya difahamkan hari ini atau esok, mereka akan tambahkan kaunter, jadi tidak akan ada masalah,” katanya.


Kredit foto: FB

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian peranti pengesanan digital kepada jemaah yang pulang daripada Arab Saudi itu amat penting kerana kebanyakkan kes Covid-19 di negara ini yang melibatkan varian Omicron adalah daripada Makkah.

Justeru itu, menurutnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan kes Covid-19 varian Omicron di negara ini tidak meningkat.

“Kita purata setiap hari ada 1,000 orang yang balik daripada Arab Saudi.

“Kebanyakkan kes import Omicron di Malaysia yang kita dah ‘sample’ (kaji) adalah dari mereka yang pulang dari umrah.

“Sekarang ini saya difahamkan Arab Saudi pun sudah keluarkan kenyataan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, mereka akan jarakkan semula saf,” ujarnya.



Sementara itu, beliau berkata, beberapa sekatan baru mungkin akan diumumkan olehnya jika situasi kes Omicron dalam negara bertambah buruk.

Katanya, ia berikutan kadar kebolehjangkitan varian Omicron adalah lebih tinggi berbanding varian-varian sebelum ini.

“Apa yang saya tahu ialah sekiranya jangkitan kita meningkat, maka jumlah yang akan masuk ke hospital juga akan meningkat.

“Itu yang kita nak elak. Tekanan kepada sistem kesihatan kita sehingga hospital kita lumpuh.

“Senang kata, tidak ada katil lagi dah sebab cepat sangat (merebak) macam bulan Ogos lepas,” jelasnya. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 31-12-2021 10:26 AM
Quote BartholomewKuma 31-12-2021 10:30 AM
Bukan ada dah ka pasai ni?
Quote krustykrab 31-12-2021 10:33 AM
Kan elok tak payah berangan2 nk ke mekoh lagi...
Bazir duit je, gi mekoh nak buat ibadat dan balik dgn perubahan diri yg lebih baik tp end up terpancar pulak sisi gelap masing2 semula
Quote umbut 31-12-2021 10:41 AM
krustykrab replied at 31-12-2021 10:33 AM
Kan elok tak payah berangan2 nk ke mekoh lagi...
Bazir duit je, gi mekoh nak buat ibadat dan balik d ...

Kann.. Ingat makin suci murni bersih hati.. Balikk.. Samaje..
Quote Decaffeinated 31-12-2021 10:48 AM
masyo awloh!

- Friska
Quote rikiruj 31-12-2021 10:55 AM
Entahnya… buat umrah je pun, tak risiko kan orang lain dari kena jangkitan pun ibadah juga. Dah tau omicron tu berleluasa di Makkah, cubalah ambik iktibar sikit. Sabar kejap la, ada rezeki setahun dua ni keadaan betul2 terkawal pergi lah… sekarang pun dah nampak banyak improvement, kes makin berkurangan, dapat dos tambahan etc.
Quote pu3_rania 31-12-2021 11:05 AM
Normabaru replied at 31-12-2021 10:26 AM

Setuju sangat dengan ni
Quote kelapaparut 31-12-2021 11:47 AM
dah tu kjaan saudi suruh jarakkan balik saf smbhyg, nak marahkan kjaan saudi pulak ke jemaah2 ni, waktu2 cenggini tangguhkan dulu la nak pi umrah
Quote prettyuglybabe 31-12-2021 12:12 PM
cuba tengok balik video tu..
dengar orang mana yang kecoh
Quote Shazid 31-12-2021 04:04 PM
Colleague iols tersadai di Mekah sebab +ve. Kene kuar duit RM1800 untuk hotel kuarantin. Klu boleh tangguhlah dulu Umrah ni...
Quote Firenzza 31-12-2021 04:08 PM
Kj ni mmg selayaknya dgn warna kulit dia ckp berbelit2 smlm ckp proses psg jam tu yg lama harini  ckp x ckup kaunter plk......senang2 nk bagi alasan untuk tmbh peruntukan letewww?
Quote Artemesiaa 31-12-2021 05:55 PM
Kayolah kompani yang supply peranti tu
Quote Normabaru 31-12-2021 07:59 PM
Mengamok sbb system caca merba n xwell prepared..dh tahu xready jgn buang masa org lain

Tender pon idak..hujung2 dh suruh pki tracker je

Utk mysj tu sendri klu btooth dh off..mmg xguna la contact rapat tu semua
Quote Adrif 31-12-2021 11:37 PM
Normabaru replied at 31-12-2021 07:59 PM
Mengamok sbb system caca merba n xwell prepared..dh tahu xready jgn buang masa org lain

Tender pon  ...

bluetooth tu pelik kan
lepas updatekan phone mak ayah, dah bagitau bluetooth tu kena biar on, function baru mysejahtera
diorang kata ok-ok-ok. tapi bila lupa, diorang godek phone, bluetooth tu dia tekan off. cepat habis bateri katanya  

aku pun hmmm kan aje la.  
sampai ke kedai, bukan scan guna mysejahtera pun, tulis kat buku jugak
itupun orang tua lain, redah je masuk kedai, tak scan suhu, tak tulis buku langsung  
Quote Normabaru 1-1-2022 12:15 AM
Edited by Normabaru at 1-1-2022 02:18 AM
Adrif replied at 1-1-2022 01:37 AM
bluetooth tu pelik kan
lepas updatekan phone mak ayah, dah bagitau bluetooth tu kena biar on, func ...


Btooth tu mmg idea bodoh nk tambah caj service kat Vendor je..

Kaka pelik ko as vendor xtau ke org xkn bkak 24/7 btooth plus bongok la klu ko positive pastu ko nk ON btooth supaya org tahu ko xquarantin n blegar2 kt tempat awam

Ckp jela dh MLS nk filter contact rapat n nk kurangkn no Kes..sbb bila contact rapat naik..Kes saringan naik..so chances positive naik..jadi ko remove butang check out..so contact tracing JD kurang..

Amik 70Juta utk hasilkn sistem yang bongok!
Even sistem shopee or Foodpanda can do better
Pemalas!!!
Quote Adrif 1-1-2022 12:19 AM
Normabaru replied at 1-1-2022 12:15 AM
Btooth tu mmg idea bodoh nk tambah caj service kat Vendor je..

Kaka pelik ko as vendor xtau ke or ...

kan.. ni bukan upgrade, tapi downgrade system  
Quote tumpanglalu74 1-1-2022 12:32 AM
Tak tau ape mak dia kasi dia makan tapi otak asek nak menyusahkan orang aje..  Kamu tu nama je belajor ekonomi, tapi aku rase si semburit kerepot tu lagi terer tadbir ekonomi dari kamu.  Kamu takat jage ekonomi Pfizer je la kot.  The worst muntri award for 2021 goes to Pied Piper itam, hands down.  Usah berangan nak jadi piyem pulak ye.  Kamu nak dok kat Seri Perdane tu berape kali??
Quote DARSITA 1-1-2022 10:54 AM
Dia ingat guna tracker orang tak boleh tipu ke?

Benda tu senang jer nak terbuka sbb pakai skrew. Yang dia kena ambil berat ialah transportation orang balik UMRAH ni. Dulu semua under NADMA sekarang emak ayah adik semua boleh jemput dari KLIA.

Quote shernazz 2-1-2022 12:29 PM
Adrif replied at 31-12-2021 11:37 PM
bluetooth tu pelik kan
lepas updatekan phone mak ayah, dah bagitau bluetooth tu kena biar on, func ...

Hari tu iols lupa nak buka mobile data. Mysj tu jadi tak.function
Jimbit

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.071933 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top