CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perancis Sekat Laman Web Lucah

31-12-2021 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1890| Komen: 7

Paris – Individu berusia bawah 18 tahun di Perancis akan disekat daripada mengakses laman web lucah, bermula semalam, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Selain itu, individu berusia di atas 18 tahun pula perlu membuktikan umur mereka sebelum boleh melayari laman web tersebut.

Di bawah sekatan tersebut, lima daripada laman web pornografi terbesar di dunia akan disekat kepada pengguna, melainkan langkah perlindungan baharu diperkenalkan.

Foto: Getty Images

Biarpun belum ada hukuman yang akan dikenakan kepada pengguna yang ingkar, sekatan itu diadakan bagi membolehkan mereka ‘bertindak sendiri’.


Langkah tersebut diambil oleh Majlis Audiovisual Tinggi Negara. Ia mengecam taktik semasa laman-laman web lucah yang hanya meminta pengguna mengisi kotak semak yang menyatakan mereka berusia lebih dari 18 tahun.

“Ia tidak mencukupi dan mereka melanggar undang-undang dengan gagal memperkenalkan kawalan yang lebih baik.

“Kanak-kanak yang berhadapan dengan kandungan sedemikian boleh mengalami kejutan yang berkekalan,” kata seorang jurucakap Majlis Audiovisual Tinggi Negara.

Sementara itu, salah satu laman web terlibat memberi alasan bahawa sekatan seperti itu akan menghalang privasi pengguna.

“Pengawal selia Perancis tidak seharusnya melaksanakan peraturan yang melanggar privasi orang dewasa dan membiarkan sebahagian besar industri filem dewasa tidak dikawal sepenuhnya,” kata seorang jurucakap laman web berkenaan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnBulisia 31-12-2021 11:51 AM
Persatuan Hak Asasi Manusia Global harap dapat membuat bantahan ke kerajaan Perancis
Quote KamikuP 31-12-2021 05:43 PM
Apa cth web yg tak bole akses tu mohon kongsi tihihi
Quote Artemesiaa 31-12-2021 05:52 PM
Kat sini pun patut ada sekatan macam tu
Quote angelofish 31-12-2021 08:33 PM
di mana hak kebebasan bangsa yang mengaku berasal dari beruk? zalim amat zalim.
Quote kakikuDibibirmu 31-12-2021 09:11 PM
VPN tersenyum sinis
Quote dua_chzy 31-12-2021 09:18 PM
kakikuDibibirmu replied at 31-12-2021 09:11 PM
VPN tersenyum sinis

Ntah. Unless hebat namampus reti sekat VPN.
Quote Adrif 31-12-2021 11:43 PM
buat virus, kalau bukak porn, pc atau phone meletup

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.065750 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top