CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anna Jobling Tak Kisah Comot, Badan Penuh Lumpur

31-12-2021 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3655| Komen: 20

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Anna Jobling tidak mempedulikan penampilan diri, sebaliknya sanggup meredah lumpur tebal bagi membantu penduduk sekitar Hulu Langat yang terjejas teruk akibat musibah banjir.


Berada di Kampung Jawa, Batu 18 bersama beberapa selebriti seperti Aman Aziz, Dafi, Amirul Asyhwad dan Datin Nina Juren, Anna berkongsi, tidak dapat melupakan pengalaman berharganya itu.

Pelakon drama Shah Alam 40000 itu melihat sendiri kemusnahan dan menyifatkan kawasan banjir yang dilihat depan mata lebih menyedihkan daripada perkongsian dalam media sosial.


Foto: IG

"Hati sayu setiap kali melihat kejadian banjir dalam media sosial. Apabila berpeluang turun padang dan meninjau sendiri ke kawasan bencana hati tambah tersentuh lagi.

"Jujurnya, saya bertuah dapat mencurahkan tenaga dengan membantu mengagihkan bantuan makanan dan barang keperluan seperti tilam, tuala wanita dan banyak lagi kepada mangsa banjir.

"Selain itu, kami membantu membersihkan rumah mangsa yang ditenggelami banjir. Namun, tidak banyak yang dapat dilakukan.

"Ini kerana masa yang diperuntukkan dari pagi hingga petang sebenarnya tidak mencukupi. Tetapi, saya puas dapat melihat mangsa mengukir senyuman pada saat bantuan dihulurkan," katanya kepada BH Online.



Melihat mangsa banjir masih mampu tersenyum dan bersikap positif biarpun ditimpa musibah membuatkan Anna kagum dan terharu.

"Apabila ditanya apa yang membuatkan masih mampu mengukir senyuman, mereka jawab takkan selama-lamanya hendak bersedih. Lagipun, perkara sudah berlaku.

"Melihat semangat positif secara tidak langsung memberikan inspirasi buat saya," katanya.



Selain gembira dapat membantu mangsa banjir, Anna berkesempatan memberi makanan kepada kucing yang terselamat daripada musibah banjir.

Sebagai pencinta haiwan, Anna berkata, dia amat sedih melihat bulu kucing dipenuhi lumpur.

Mengulas adakah akan terus menyertai misi bantuan banjir dalam masa terdekat, Anna berkata, dia tidak dapat berbuat demikian kerana bakal sibuk dengan kerjaya lakonan.




"Untuk masa terdekat rasanya tidak dapat kerana saya akan kembali sibuk dengan penggambaran.

"Tetapi, jika ada masa, saya akan mengajak rakan-rakan lain untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LembingDayanti 31-12-2021 02:53 PM
boring dia ni muka typical mixed. Handerson tu lawo lagi
Quote missyL 31-12-2021 03:03 PM
Cantik nye anna
Quote Belibis 31-12-2021 03:03 PM
Boleh la ganti julia eben,julia rais.julia jigler..[em:22:]
Quote missyL 31-12-2021 03:03 PM
LembingDayanti replied at 31-12-2021 02:53 PM
boring dia ni muka typical mixed. Handerson tu lawo lagi

I tgok cm da nk same je..
Bole berlakon jadi siblings
Tp anna kakak
Quote mendeluk 31-12-2021 03:22 PM
LembingDayanti replied at 31-12-2021 02:53 PM
boring dia ni muka typical mixed. Handerson tu lawo lagi

Henderson itu sebenarnya typical mix cantik tapi takkkk cantik macam wow. Raut wajah dia still nampak sri lankan.

Aku suka lagi muka mcm anna ini. Classic looking. Cuma personality dia nampak boring.
Quote kakakgarang 31-12-2021 03:23 PM
dia ni ke yg bocor rahsia si hanez tu?
Quote Mulotkoyak 31-12-2021 09:28 PM
Cantekkk ko sis.. Potongan badan yg mengiurkan... Tibahhh
Quote jelitayu 31-12-2021 09:34 PM
Cantik je kat mata aku.
Harap bukan sejenis yg sombong & perasan bagus la ye.
All the best!
Quote supernaturalee 31-12-2021 09:41 PM
Belibis replied at 31-12-2021 03:03 PM
Boleh la ganti julia eben,julia rais.julia jigler..[em:22:]

X lupa julia sofia jane, julia deanna yussof, julia ramona rahman
Quote 4cupcakes 1-1-2022 12:27 AM
Apsal aku baca tajuknya xkisah comolot.. haishh
Quote Aikiko 1-1-2022 12:54 AM
Minah ni berlakon not bad as a newcomer

Ada t.tgok drama sheols b.lakon sama aktor cina kat tv3suku

Dedua helok dimataku ini, cuma sheols mata cam juling air sket
Quote jijilaaa 1-1-2022 10:52 AM
aku mmg turn off kalau muka2 pan asian tak fasih ckp melayu ni berlakon....tgk drama melayu tp muka semua nak mix
Quote adeqbun 1-1-2022 11:18 AM
Lawa lg DD dan amelia H
Quote kaedahnya 1-1-2022 12:52 PM
mana gambar comot
Quote irvene 1-1-2022 12:56 PM
kudsia kahar versi putih
Quote Raline 1-1-2022 05:17 PM
dah ada la awak

https://b.cari.com.my/forum.php? ... ight=Anna%2BJobling
Quote Carlos7 2-1-2022 11:09 PM
4cupcakes: Apsal aku baca tajuknya xkisah ...
. ???? hahahahahaha
Quote kakiah12 2-1-2022 11:34 PM
Akak bajet sheols akan menang dewi remaja tp tak..
Quote cmf_premierleag 2-1-2022 11:34 PM
bosan je anna ni
personaliti boringggggggg
muka pan asian mcm ni pun dh berlambak dlm industry
dia mmg kapel.ke dgn fadzlan hashim tu? akak rs lg bagus la fadzlan stick je dgn julie dulu..lawa,matang, pandai berdikari,x clingy
anna ni? menguappp je laaaa..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.064077 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top