Cuaca ekstrem di negara Rusia menyebabkan berpuluh-puluh kereta membeku akibat salji melanda di perairan Jepun. Keadaan yang luar biasa itu menyaksikan suhu mencecah -19 Celcius di bandar Vladivostok di Rusia iaitu pelabuhan yang menerima kemasukan kereta import.
Disebabkan itu, kereta jenama Toyota dan Honda dilitupi ais setebal enam inci di atas kapal pengangkut kargo Sun Rion Ro-Ro. Kereta-kereta tersebut diliputi ais yang tebal sehingga menimbulkan kebimbangan sekiranya akan memberi kesan terhadap penggunaan kereta tersebut.
Seorang kapten laut, Pyotr Osichansky, 72, berkata, bulan Disember adalah tempoh laut akan menjadi bergelora dan sangat berangin. “Air laut memercik di atas kapal dan bertukar menjadi ais yang tebal namun tidak dinafikan, angin tahun ini lebih kuat daripada biasa,” katanya. Sementara itu, Britain juga meramalkan mengalami musim sejuk yang melampau. Laporan The Weather Company menjelaskan negara itu dijangka mengalami cuaca berkenaan, sekurang-kurangnya dalam tempoh 25 hari lagi. Sumber: Utusan
|
KIM.K replied at 1-1-2022 12:26 PM
Orang kata kemarau takda air
Tapi saintis kata polar shift menyebabkan sejuk
Jitu replied at 1-1-2022 03:04 PM
mesti rosak kereta tu lepas semua tu cair masuk dlm part2 elektronik mcm ecm, sensor etc
green~tea replied at 1-1-2022 10:04 PM
I mimpi ni semalam.. sbb byk sgt baca and tgk video pasal climate change kot
Decaffeinated replied at 2-1-2022 11:33 AM
quite unlikely
cold air is actually bone dry. compartment yg splash proof should be safe sebab in ...
Jitu replied at 2-1-2022 09:32 PM
oh ingatkan nnt ada moisture yg blh masuk dlm parts tu tp klu aku tak nak dah beli kereta dah pern ...
ADVERTISEMENT