CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Buta Ingat Suami Hilang, Rupanya Dah Mati Atas Katil Rumah

3-1-2022 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1985| Komen: 4

Louisiana– Polis Louisiana, Amerika Syarikat, menemui mayat suami kepada seorang wanita buta di atas katil di rumah mereka dengan kesan tembakan pada badannya selepas wanita itu melaporkan ‘gagal menemui’ lelaki tersebut, lapor akhbar Metro UK semalam.


William Robert ‘Bob’ Lang Jr, 76, sebelum itu dilaporkan tidak berhubung lebih dari sehari dengan isterinya yang tinggal di rumah mereka di bandar Natchitoches pada Rabu lalu.


Foto: Agensi

Sejurus tiba di kediaman tersebut, polis mendapatkan keterangan isterinya dan mendapati semua kenderaan Lang diparkir di rumah mereka.

Bagaimanapun, terdapat kesan pecah pada sebuah tingkap, lantas membuatkan polis melakukan pemeriksaan di dalam rumah.

Lang kemudiannya ditemui di atas katil rumah itu dengan beberapa kesan kecederaan akibat tembakan.

Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai pembunuhan yang disyaki walaupun belum ada sebarang penangkapan.

Laporan bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa isteri Lang yang cacat penglihatan itu tidak mendengar bunyi tembakan atau menemui mayat suaminya selama lebih 24 jam.

Bedah siasat telah dijalankan dan detektif telah menemu bual keluarga dan rakan mangsa serta mencari video pengawasan di kawasan itu bagi menyiasat kes tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote becir 3-1-2022 01:00 PM
Bini nya ke yg bunuh?
Quote dani-rox 3-1-2022 10:45 PM

Tidak syak lg.
Dia buta kot, bukannya pekak hingga tak dengar bunyi cermin tingkap dipecahkan dan bunyi tembakan.

Quote anony-mous 4-1-2022 06:58 AM
Suspicious sgt bini dia. Xkan ko x perasan atas katil?? Rumah sekangkang kera jah. Mmg saspek utama. By right, katil tu mmg ko akan tido dkt situ, mustahil x rasa bdn laki ko
Quote Simunggu 4-1-2022 09:54 AM
mustahil tak tahu sbb org buta lagi kuat deria rasa & bau

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.100667 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top