Pelakon Zoey Rahman melahirkan rasa syukur apabila berpeluang menyertai program kerohaniaan sempena tahun baharu iaitu majlis Malaysia Berzikir Ambang 2022 buat pertama kali.
Berbeza dengan sambutan tahun baru sebelum ini, Zoey memberitahu dia bertambah teruja apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri turut serta dalam program tersebut. "Pertama kali sertai program sebegini, tambahan pula bersama PM Malaysia. Bagi saya, peluang ini memang susah nak dapat. Alhamdulillah. "Biasanya kita sambut tahun baru dengan konsert dan bersuka ria, tapi kali ini berbeza kerana menghormati mangsa banjir kebakaran dan segala bencana.
"Dapat makan dengan PM pun saya rasa satu peluang yang susah nak jumpa. Jadi saya rasa seronok dapat sertai program macam ini," katanya kepada mStar.
|
Orix replied at 3-1-2022 02:52 PM
tok mail ni kalau selisih sebelah dia ka apa ka xdak rasa apa pun.... haruss lah di - who r yuss kan ...
cikgojesss replied at 3-1-2022 03:59 PM
memang pun.. standard muka abah-abah ladang di daerah bera yang hujung minggu jual ikan kat pekan ...
ADVERTISEMENT