Akibat gagal mengawal intonasi dengan baik, penyanyi rock Bandi Amuk gagal meneruskan pertandingan selepas tersingkir pada malam konsert minggu ketujuh program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung pada Ahad.
Menurut juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, biarpun menyukai persembahan bertenaga daripada Bandi menerusi lagu I want To Break Free, namun penyanyi tersebut didapati gagal mengawal intonasi dengan baik. Malah Bandi juga dikesan berdepan masalah untuk menyebut perkataan bahasa Inggeris dengan jelas. "Anda memang istimewa dalam lagu dan muzik. Apabila orang dengar suara je dah tahu Bandi sebab dah memang trademark. Saya suka persembahan ini.
"Namun memandangkan ini adalah pertandingan, banyak elemen yang perlu kita pastikan betul. Pertama, intonasi main peranan yang sangat penting dalam pertandingan. Pada saya, abang kena dengar dan terbuka sedikit untuk pendengaran pada intonasi. "Kemudian semestinya isu diction atau kejelasan sebutan perkataan perlu diperbaiki,” kata Syafinaz. Sementara itu penyanyi Nikki Palikat terus menyerlah apabila mendapat markah tertinggi iaitu 72.30 manakala Aliff Aziz, 71.90 dan Suki Low di kedudukan ketiga dengan markah sebanyak 69.70. Selain Syafinaz, kesemua peserta diadili dua lagi juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang selain penyanyi dan komposer M. Nasir sebagai juri jemputan. GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara. Pada minggu ini Anugerah Digi Betul-Betul Luar Biasa dimenangi oleh Adibah Noor manakala pemenang Bintang Cuckoo Paling Gempak jatuh kepada Suki Low. Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga. Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7). -CARI Sumber: mStar Online
|
prince_marhaen replied at 3-1-2022 12:18 PM
Dah boleh berehat dah bangdi.... Top 3 dah nampak dah artis-artis senior zaman program realiti, Suki ...
cikgojesss replied at 3-1-2022 12:25 PM
good bye bandi suriaty
3480 replied at 3-1-2022 12:26 PM
Aweera pon.. oiam
kucingitam replied at 3-1-2022 04:48 PM
bagus pun keluar...seksa dgr lagu sedap jadi gitu dia nyanyi..aku perasan dia ni mcm suka buat muka ...
Cleocatra replied at 4-1-2022 03:54 AM
Memang dia tak bole orang komen, tak reti nak sambut bila orang lain buat berlawak
Tok pinaz ada k ...
Cleocatra replied at 4-1-2022 03:54 AM
Memang dia tak bole orang komen, tak reti nak sambut bila orang lain buat berlawak
Tok pinaz ada k ...
prince_marhaen replied at 3-1-2022 12:32 PM
kan... Aweera pun... harap2 pandai la jaga attitude kalau naik balik lepas ni... jangan acah-acah ...
dudaberhias replied at 4-1-2022 05:04 AM
Mesti kaki gini pun boleh masuk kan kalau dia kata kasut pun boleh masuk..
hangdenim replied at 4-1-2022 04:09 AM
Memang sentap kan bila org suruh bukak molot tu. Dia kata lepas ni penyanyi yg ade identiti nyanyi ...
asfaz replied at 4-1-2022 07:17 AM
Muss leklek aje kan. Lagu Yuna tu kenangan sungguh. Takleh bayang kalau bandi yg bawak. Mau diyeah ...
ADVERTISEMENT