Video Game sememangnya seronok untuk dimain dan banyak video game sekarang boleh dimain di mana-mana, dari komputer hingga ke telefon pintar. Namun ada beberapa game yang ada kita tidak boleh main kerana ianya telah diharamkan di Malaysia, tetapi video game apa yang diharamkan di Malaysia? Jom kita tengok senarai 5 video game yang telah diharamkan di Malaysia dan kenapa. 1. Dante's Inferno (2010)
Dante's Inferno adalah anda memain karekter bernama Dante, Dante adalah seorang ahli Templar Knight yang mempunyai senjata yang dipanggil Death's Scythe dan Holy Cross. Siapa musuh dalam Dante's Inferno? Musuh dipanggil "Seven Deadly Sins" iaitu dosa-dosa besar dalam kitab Bible, tetapi kena diharamkan di Malaysia? Sebenarnya, ianya melanggar hukum Syariah, menunjuk muka syaitan dan neraka dan keganasan yang melampau, JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) telah mengharamkan Dante Inferno sekaligus.
2. Manhunt (2003) Manhunt yang dikeluarkan oleh Rockstar Games pada tahun 2003 untuk platform Xbox, PC, Playstation dan Nintendo Wii. Manhunt adalah game yang mana anda adalah seorang banduan yang berdepan dengan hukuman mati kerana anda dipaksa untuk masuk dalam filem genre "Snuff" oleh seorang pengarah kecil yang mahuk anda bunuh orang depan kamera. Game ini mendapat ramai perhatian dan ramai terkejut dengan keganasan yang anda boleh buat dalam game Manhunt, Mohammed Idris selaku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah meminta Menteri Malaysia untuk mengharamkan Manhunt. Manhunt juga diharamkan di negara Australia, Arab Saudi, Itali, Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Jerman. Manhunt 2 yang keluar pada tahun 2007, Malaysia juga mengharamkan game itu. 3. Pokemon GO (2016) Pokemon GO yang pernah menjadi viral pada tahun 2016 sememangnya jadi satu fenomena yang besar dan ramai yang menyertai Pokemon GO untuk mencari Pokemon tersebut, tetapi pelbagai kes yang buruk berlaku seperti kemalangan jalan raya, jatuh dari tempat yang tinggi, kecurian dan banyak lagi. Ramai ibubapa, penjaga dan pemilik syarikat meminta mengharamkan Pokemon GO. Game itu diharamkan untuk sementara waktu sehingga gembar-gembur Pokemon GO hilang. 4. Postal 2 Sekarang dah tahu kan kenapa diharamkan? Semoga bermanfaat. -CARI |
ADVERTISEMENT