Oleh Adib Za Sudah menjadi kelaziman apabila tibanya musim perayaan, maka perbelanjaan bulanan untuk barang dapur dan juga keperluan hari raya akan bertambah daripada bulan-bulan biasa.
Bagi mereka yang bekerja di sektor kerajaan, golongan ini lebih bernasib baik kerana kerajaan telah mengumumkan pemberian gaji sempena perayaan ini dengan lebih cepat daripada biasa iaitu seawal 9 Julai. Dari satu sudut, ia pastinya bertujuan meringankan beban sekaligus dapat membantu mereka yang memerlukan lebih perbelanjaan sempena bulan perayaan ini. Namun, awas! Situasi ini jika ia tidak dikawal, ia bakal mengundang kepada kesusahan berbanding kesenangan! Bencana kepada anda!
Bayangkan anda terpaksa menunggu sekurang-kurangnya 46 hari sebelum gaji yang seterusnya. Jika gaji itu telah digunakan lebih daripada sepatutnya, bagaimana anda ingin 'survive' dalam masa sebulan setengah itu? Maka, di sinilah pentingnya perancangan kewangan yang terbaik. 1. Sewajarnya pendapatan pada 9 Julai nanti "jangan" diusik. 2. Anda boleh memindahkan wang tersebut ke akaun lain yang tidak mempunyai kad ATM seperti Tabung Haji atau ASB. 3. Mula gunakan gaji berkenaan pada hujung bulan, sekitar 25 haribulan ke atas. 4. Elakkan kunjungi pasaraya ketika hampir waktu perayaan. Dapatkan barang keperluan terlebih dahulu seperti baju anak-anak, isteri, ibu bapa dan sebagainya. 5. Cara paling baik, menabunglah setiap bulan agar ia dapat digunakan pada musim perayaan memandangkan pada waktu itu anda lazimnya memerlukan belanja yang lebih daripada biasa. - CARI Infonet |
7
Bagus |
8
Marah |
27
Terkejut |
11
Sedih |
15
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MissNigga replied at 30-6-2015 07:56 AM
kompeni iols siap bagi option samada nak advance 50% gaji bulan julai at mid of julai ...
iols pili ...
dino replied at 30-6-2015 07:59 AM
kan.... nak berbelanja raya bukan bergantung duit .. aku first buat bila dpt gj byr utang dulu kas ...
MissNigga replied at 30-6-2015 08:04 AM
haah ... clear suma hutang hutang tu suma dulu ... then berbelanja ler secara berhemat berdasarkan ...
dino replied at 30-6-2015 08:08 AM
pastu berakhir makan kat foodcourt ja....
bkn nak hina aaa.... nanti Allah tarik rezeki kite b ...
ADVERTISEMENT