Tindakan seorang pemandu tidak memberi ruang kepada pemandu lain masuk ke lorongnya mencetuskan pertelingkahan.
Video berdurasi seminit dikongsikan Facebook DashCam Malaysia itu memaparkan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipercayai memotong barisan lampu isyarat cuba memasuki laluan pemandu lain.
Namun, seorang lagi pemandu yang juga pemilik kepada rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tersebut enggan mengalah dan tidak membenarkan pemandu Toyota Vellfire tersebut memotongnya. Disebabkan itu, menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pemandu Toyota berkenaan yang kemudian cuba memandu secara melulu dan memotongnya sekali lagi, namun gagal. Loading FB Post... Difahamkan kejadian berlaku pada petang semalam, namun lokasi tidak dapat dipastikan. Rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemandu itu yang enggan memberi ruang walaupun pemandu Toyota Vellfire terbabit sudah memberikan isyarat untuk memasuki laluan. Sumber: K! ONLINE
|
ADVERTISEMENT