Pemenang trofi kategori YouTuber Popular yang kali pertama diperkenalkan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34 November lalu, Aqil Zulkiflee tidak mengambil ringan tuduhan fitnah melalui platform media sosial apabila menuntut permohonan maaf dan pampasan RM1 juta terhadap seorang wanita yang didakwa telah memfitnahnya.
Pengurus Krisis dan jurucakap Aqil Zukiflee, Saiful Ridzuan dari firma pengurusan krisis Saiful Ridzuan Public Relations And Communications berkata, notis tuntutan tersebut telah dihantar melalui serahan tangan dan pos berdaftar oleh firma guaman yang dilantik pada minggu ini. Pada 24 Disember lalu, wanita dikenali dengan nama Siti Solehah Mohamed Ali yang menggunakan nama pengguna Auntie Soleha di Facebook memuat naik, menulis dan menerbit satu penyiaran yang didakwa berbaur fitnah.
Melalui kenyataan-kenyataan yang dimuat naik itu, wanita terbabit menulis dan membuat dakwaan bahawa Aqil merupakan seorang yang sombong dan berlagak, berpura-pura baik di dalam media sosial beliau, tidak beradab, penipu, tidak hormat kepada peminat dan orang tua, tidak suka kepada kanak-kanak serta merupakan seorang 'talam dua muka'. Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili Aqil Zulkilfee menegaskan bahawa komen yang dilemparkan individu terbabit jelas menunjukkan yang ianya bersifat fitnah, palsu dan kesemuanya merujuk kepada anak guam beliau. Kenyataan fitnah yang dimuat naik di akaun tersebut telah dikongsi sebanyak 110 kali dan menerima lebih 350 reaksi daripada netizen termasuk sorotan skrin yang dikongsikan lebih 1,200 kali oleh seorang pengguna akaun di laman media sosial tersebut. Aqil mengambil tindakan undang-undang tersebut kerana mendakwa sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan telah menyebabkan beliau mengalami malu, tekanan emosi dan kesedihan apabila masyarakat mempercayai dakwaan kenyataan-kenyataan fitnah yang ditulis. Jika tiada permohonan maaf dibuat dalam masa tujuh hari dan pembayaran RM1 juta atau ganti rugi yang setimpal dibayar kesan daripada tindakan menyebarkan sebaran fitnah tersebut, Aqil akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah. Sumber: Murai
|
ninnamina: Nak tau dia femes sebab jual c ...
cmf_shya replied at 3-1-2022 10:24 PM
Ank2 aku smp ajak g cr corndog aqil di melaka
ADVERTISEMENT