Ayda Jebat memohon maaf andainya dia dan suami terpaksa bersikap keterlaluan kerana masih belum bersedia bertemu dengan ahli keluarga sendiri dan rakan-rakan berikutan keadaan semasa pandemik ketika ini.
Apatah lagi dengan penemuan varian baharu Omicron selain peningkatan kes daripada mereka yang pulang dari luar negara turut menambahkan kerisauan mereka. Kata Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 30, hatinya memang rindu untuk bertemu insan tersayang dan teman rapat, namun keselamatan dan kesihatan adalah lebih utama ketika ini. “Minta maaf kepada keluarga dan kawan-kawan kalau rasa saya dan suami keterlaluan tentang hal ini.
“Bukan tak nak jumpa. Hati memang dah rindu. Nak gelak ketawa bersama-sama. Nak bagi jumpa bayi kami tapi tanggungjawab nak jaga keselamatan dan kesihatan keluarga kita dan anda kami utamakan,” tulisnya dalam satu hantaran InstaStory. Dalam hantaran yang dikongsi penyanyi lagu Parah Parah itu, dia memuat naik sebuah video sedutan sidang akhbar yang dilakukan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin beberapa hari lalu.
|
dudaberhias replied at 4-1-2022 06:52 AM
Ewww takde sape kosser pun nak jumpa ko nyahhhh!!!! Takde sape hadap pun nak baca gosip dedua kapel ...
eyansss replied at 4-1-2022 11:03 AM
tengok wayang boleh pulak… hehehe… ke yang pegi tu semua duduk serumah?
kembarsiti replied at 5-1-2022 11:38 AM
Laki die bayar 1 hall wayang tu.... Kayo namatee laki die
ADVERTISEMENT