CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lengkap Pakai Baju Melayu, Ingatkan Sharnaaz Ahmad Nak Kahwin

3-1-2022 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3271| Komen: 10

Sharnaaz Ahmad,37, terhibur dengan telahan orang ramai yang benar-benar percaya bahawa dirinya mahu menamatkan zaman bujang hanya gara-gara dia bergambar lengkap berbaju Melayu baru-baru ini.


Meskipun mengaku dia sengaja memuat naik gambar tersebut, Sharnaaz bagaimanapun tidak menyangka dia kemudiannya benar-benar dihujani dengan ucapan tahniah di ruangan komen Instagramnya.


Foto: IG

“Saya belum lagi bernikah. Masih single dan available. Gambar itu sebenarnya ketika saya dalam perjalanan ke majlis pertunangan kawan baik saya tempoh hari.

“Jangan salah faham. Yang mana komen di akaun Instagram dan tengah bersedih itu, boleh sambung balik mengurat saya. Saya ada banyak kasih sayang untuk dikongsikan,”katanya.



Selain itu, ditanya sama ada dia akan berkongsi atau berahsia jika dia ingin kembali mendirikan rumah tangga, pelakon ini ada pandangan tersendiri.

“Itu terpulang dengan orang mana la kan. Saya kena hormat pasangan juga nanti, “katanya.

Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambarnya yang berbaju Melayu yang dipaparkan di dalam akaun Instagramnya kelmarin.


Terdahulu, hantaran tersebut juga menarik rakan selebriti untuk meninggalkan komen dengan antaranya seperti sahabat baiknya, Shukri Yahaya, Radin, Datin Seri Nina Juren dan Shuib.

Selain menerima pujian daripada peminat yang terpegun melihat ketampanan pelakon drama I Promise Janji Anaqi, ada juga segelintir yang meluahkan rasa kecewa.


Untuk rekod, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos 2018. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_jantung 3-1-2022 08:28 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 10:06 PM

..........
Quote bedahmenjuyah 3-1-2022 08:33 PM
Kacak? Hello??? Geli okeh jambang penuh satu muka gitu.
Quote kitmal 3-1-2022 09:34 PM
eisss..minta trimkan sikit jambang tu
Quote silampumeja 3-1-2022 09:36 PM
Itu janggut ke sabut.... Wakakaka
Quote prince_marhaen 4-1-2022 08:32 AM
masih ada harapan untuk Xila Amxia... kikikiki
Quote slyfynx 4-1-2022 08:38 AM
Eh, pakai baju melayu pun kene gosip ke?
Quote mamajawie 4-1-2022 10:03 AM
nak rujuk dengan silangau ke?
Quote chandrahusin 4-1-2022 02:14 PM
semaknyaa
hero Tamil pun lagi kacak bejanggut berjambang
Quote JiEunTak 4-1-2022 02:21 PM
lemaih perut laki berjambang2 camnih....
btw, Jebat tu dah pandai bercakap...
comellll jaa dia ngan baba dia...
mamu ni takut nak menikah lagi kot noh...
dapat bini toxic mcm dlu jenuh...

hang sabaq sat laa mamu, tgu awek lama kena lepaih ngan laki dia...
pehtu hang masuk jarum...
kali ni mak pak dia nak bising ka camdek hang wat derkkkk sudah
Quote dudaberhias 4-1-2022 02:25 PM
ya ampunn kepammnyaaa... siap boleh terbau dekat skrin fon.... bau ala2 sambal belacan, ikan masin dan tempe basi... dah serupa berus dawai periuk untuk kenduri kendara....

masalahnya ada ke cikki selera nak kahwin dengan heolss??? dah la job sendu lepastu muka penuh sabut kelapa tua... penat nak kena gigih mengopek2 untuk cari molot kalau nak comolot...

choiii baik pergi perah santan... kurang2 boleh buat nasi lemak...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.211875 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top