Mahkamah Jenayah di Thailand menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada seorang doktor dan rakan jenayahnya selepas didapati bersalah membunuh rakan karib mereka yang juga seorang doktor dengan mencampak mangsa dari sebuah pangsapuri empat tingkat di Lat Phrao di sini, 11 tahun lalu.
Portal Bangkok Post melaporkan mahkamah dalam penghakimannya, pada Khamis lalu mendapati Dr Pramote Manmuang dan Jitwimol Suksuwan bersalah atas tuduhan melakukan pakatan dalam pembunuhan darjah pertama. Dr Pramote adalah defendan pertama dan Jitwimol, defendan kedua.
Mahkamah mendapati kedua-dua defendan mencampak Dr Sarut Thaweerujjana, 28, pakar patologi di Hospital Memorial Raja Chulalongkorn dari tingkat empat sebuah bangunan di Lat Phrao, daerah Bang Kapi, pada 18 April 2010. Mangsa yang terkena terkena permukaan konkrit meninggal dunia di tempat kejadian. Mahkamah berkata, saksi dan bukti forensik menunjukkan kedua-dua defendan bersalah membunuh dan seterusnya menolak dakwaan mangsa membunuh diri. Mahkamah memutuskan motif pembunuhan membabitkan cinta tiga segi, tetapi tidak memberikan butiran lanjut. Hakim memerintahkan defendan untuk bersama-sama membayar pampasan lima juta baht (RM627,076) dengan tambahan 7.5 peratus faedah tahunan kepada ibu mangsa. Ibu Sarut dan ahli keluarganya yang lain berada di mahkamah untuk mendengar penghakiman itu, lapor media Thailand. Ibu mangsa ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia berpuas hati dengan keputusan itu dan percaya keadilan akhirnya ditegakkan. Katanya, bukti menunjukkan anaknya tidak membunuh diri seperti yang didakwa, sebaliknya dibunuh. Sumber: Harian Metro
|
Mahkamah Jenayah di Thailand menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada seorang doktor dan rakan jenayahnya selepas didapati bersalah membunuh rakan karib mereka yang juga seorang doktor dengan mencampak mangsa dari sebuah pangsapuri empat tingkat di Lat Phrao di sini, 11 tahun lalu.
ADVERTISEMENT