Hasrat penyanyi rock Bandi Amuk untuk membuka topeng akhirnya terkubur selepas tersingkir di minggu ketujuh konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
Menurut Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat, disebabkan gagal melayakkan diri ke pentas akhir GV8, dia mengambil keputusan membatalkan niat tersebut sampai bila-bila. "Saya tak umpan apa-apa, saya memang ada pasang niat kalau berada di top 3 saya akan buka topeng sebagai hadiah kepada peminat yang sudah lama menyokong saya. "GV sebuah program besar dan kalau nak buat sesuatu biarlah semua orang tahu siapa saya. Namun tak sangka pula ramai peminat marah dan minta saya jangan buka topeng.
"Sebab ini trademark saya sejak sekian lama, buat apa nak gadaikan aset saya. Tapi apabila sampai sini saja perjuangan saya, maknanya Allah pun tak izinkan. "Jadi, niat untuk buka topeng itu terkubur. Saya akan kekalkan imej bertopeng ini sampai bila-bila," kata Bandi kepada mStar.
|
Themilo replied at 4-1-2022 10:22 AM
zaman sebelum-sebelum Covid, elok jaa jumpa heols satu family bersiar-siar kat shopping mall area JB ...
slyfynx replied at 4-1-2022 02:26 AM
Ok. Sile pakai topeng penuh pasni ye.
ADVERTISEMENT