CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasukan Bencana Istana Negara Gigih Bantu Mangsa Banjir Di Karak

4-1-2022 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2509| Komen: 25

Pasukan Bencana Istana Negara meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan beberapa buah rumah dan kawasan persekitaran Taman Wijaya di Karak, Pahang pada Isnin.


Istana Negara menerusi perkongsian di halaman Facebook rasminya memberitahu, kerja-kerja pembersihan itu melibatkan seramai 35 sukarelawan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara yang dilengkapi dengan peralatan pembersihan dan mesin penyembur air.


Foto: Istana Negara

"Buat julung kalinya, misi Pasukan Bencana Istana Negara pada hari ini juga melibatkan penyertaan seramai 15 sukarelawan Pasukan Telekom Malaysia Reaching Out Volunteers (TMROVers).


"Kerjasama antara Pasukan Bencana Istana Negara dan TMROVers atas perkenan dan cetusan idea Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Baginda telah menzahirkan hasrat agar Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara bekerjasama dengan pihak atau badan bukan kerajaan dalam membantu jentera kerajaan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir," katanya.

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pembersihan itu bermula dari pukul 9.30 pagi dan berakhir 5 petang.

Foto: Istana Negara

Misi bantuan pada Isnin diketuai oleh Juruiring Tentera Laut kepada Yang di-Pertuan Agong, Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim.

Turut hadir menyertai misi bantuan adalah Pengarah Operasi Pasukan Bencana Istana Negara yang juga Juruiring Tentera Udara kepada Yang di-Pertuan Agong, Brigedier Jeneral Datuk Zahari Yahya dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

"Pasukan Bencana Istana Negara turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Kuala Lumpur, pasukan sukarelawan TMROVers dan Sime Darby bagi membersihkan kawasan perumahan, memasak serta mengedarkan makanan tengah hari kepada penduduk yang terjejas akibat banjir," menurut kenyataan itu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 4-1-2022 10:28 AM
Anak2 jagong tak turut serta ke?
Quote hyie 4-1-2022 10:34 AM
cmf_premierleag replied at 4-1-2022 10:28 AM
Anak2 jagong tak turut serta ke?

bak kata heshe...Watch and learn (sambil tekan tubi)
Quote syaz_lina 4-1-2022 10:37 AM
Cuci cuci dosa lampau ke
Quote cmf_premierleag 4-1-2022 10:46 AM
hyie replied at 4-1-2022 10:34 AM
bak kata heshe...Watch and learn (sambil tekan tubi)

love the lazy weather
Quote bakingsoda 4-1-2022 10:59 AM
cuci banjir ke cuci nama
Quote tension080808 4-1-2022 11:03 AM
Org lain buat tahi, org lain kena cuci, brtabah laa
Quote teletubis 4-1-2022 11:34 AM
Berapa banyak rumah dapat di cuci tu
Quote pasa 4-1-2022 11:39 AM
lepas ni blh la cuci banjir kat selangor sama.
Quote Artemesiaa 4-1-2022 12:45 PM
Eloklah bantu apa yang patut, untuk keselesan rakyat juga.  Jangan biar rakyat menderita, moga lesson learn.
Quote grouper 4-1-2022 12:52 PM
Team ni x masuk area kg yg kena banjir balak tu ke...
Quote glump 4-1-2022 02:21 PM
Depa2 Akan bantu disetiap kawasan yg kena banjir ke? Kenapa pilih  karak ...just for social media content ke.?
Quote JunkMail 4-1-2022 02:22 PM
Acara penyucian imej ke ni? Selain dari masak², lawat² naik lori...hantar macai tolong cuci pulak.
Quote epal_putih 4-1-2022 02:23 PM
wah
moga diberikan kemudahan untuk mencuci
Quote Decaffeinated 4-1-2022 02:30 PM
kos 'sukarelawan' ni siapa bayar?

Quote tripleid 4-1-2022 02:33 PM
Edited by tripleid at 4-1-2022 02:48 PM

yg ni takleh cuci sembarangan sbb ada 'tuan'..

Quote MarryPottet 4-1-2022 04:23 PM
tripleid replied at 4-1-2022 02:33 PM
yg ni takleh cuci sembarangan sbb ada 'tuan'..

Hat tu balaci2 dari jabatan hutan kan tolong kutip then naharom pemusnah alam yg punya angkara boleh tuntut balak2 tersebut dengan jabatan hutan
Kemain bersopan lagi surat jemputan suruh tuntut
Kalau orang jabatan hutan tu sedar yg mereka dibayar gaji oleh pembayar cukai & mereka sebenarnya hamba rakyat, serta mengakui Allah sebagai tuhan mereka, mereka patut denda naharom celaka pemusnah alam untuk baiki segala rumah yg rosak akibat kegiatan keji mereka
Screenshot_2022-01-01-07-01-41-077.jpg
Quote uori 4-1-2022 04:25 PM
KFC dilupa jangan
Quote Punat_button 4-1-2022 05:58 PM
Yang datang tolong ni tukang cuci yistana ka? bos mai sekali tak?

Quote Timortimur 4-1-2022 08:34 PM
cmf_premierleag replied at 4-1-2022 10:28 AM
Anak2 jagong tak turut serta ke?

I pun nak tnya soalan yg sam
Anak2 dia, bini2 dia dan dia2 sekali patut turun cuci
Bawak sekali adik beradik dia suruh cuci

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.066094 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top