Seorang wanita dengan nama terpanjang di dunia, terdiri daripada 1,019 huruf, mempunyai sijil kelahiran sepanjang dua kaki (0.6 meter).
Sandra Williams, dari Texas, Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk memberikan nama unik kepada anak perempuannya yang dilahirkan pada 1984. Anaknya yang lahir pada 12 September dinamakan sebagai Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams pada sijil kelahirannya. Memetik laporan Daily Mirror, tiga minggu kemudian, dia bagaimanapun memutuskan bahawa nama tersebut tidak cukup panjang, jadi dia memfailkan pindaan untuk menukar nama itu dan menjadikannya 1,019 huruf panjang, sambil menambah nama tengah 36 huruf.
Selepas ditukar, nama baharunya adalah Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarna erenquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive'onchelleca undenesheaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenv aunetradevonneyavondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzad awnefriendsettajessicannelesciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaund rieaquenttaekatilyaevea'shauwneoraliaevaekizzieshiyjuanewandaleccian nereneitheliapreciousnesceverroneccaloveliatyronevekacarrionnehenriet taescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloiesalynnecsiannemer ciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetiaquani aenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavern ellchishankcarlinaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionne miariasarahtashabnequckagailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentesc acraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtaw ndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquinettesequioadauri lessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoaj ohnyaetheodoradilcyana. Bercakap kepada Oprah pada 1997 ketika Jamie berusia 12 tahun, ibunya menjelaskan keputusannya untuk memberikan nama yang begitu panjang. "Saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memecahkan Rekod Dunia Guinness. Saya perlu memastikan bahawa namanya akan menjadi unik. "Saya tidak mahu namanya seperti orang lain. Namanya mesti berbeza dan saya perlu ada dalam buku Guinness," katanya. Ia mengambil masa enam tahun untuk menghasilkan idea nama tersebut, yang merupakan gabungan nama-nama filem, kereta dan saudara-mara. - CARI Sumber: mStar/Daily Star
|
hyie replied at 3-1-2022 06:37 PM
inilah salah satu contoh ummah omputih versi pprt sister semua bangsa ada yach.
cmf_premierleag replied at 4-1-2022 10:23 AM
Sandra williams bahlol
ADVERTISEMENT