London– Satu tinjauan pendapat di Britain mendapati lebih seorang dalam setiap 10 individu milenial atau generasi Y menganggap dunia dikawal oleh makhluk asing cicak dalam bentuk manusia, lapor akhbar Daily Star.
Generasi Y adalah mereka yang lahir antara tahun 1981 hingga 1996. Sebanyak 12 peratus daripada mereka yang berumur 24 hingga 35 tahun itu mempercayai Teori Konspirasi Reptilia yang diperjuangkan oleh bekas penyampai berita BBC dan penjaga gol Hereford United, David Icke. Menurutnya, makhluk asing reptilia yang berubah bentuk telah memerintah Bumi berabad-abad lamanya. David mendakwa bahawa pemerintah termasuk presiden Amerika Syarikat dan ahli keluarga diraja sebagai ‘humanoids reptilia’ yang mengawal dan memanipulasi masyarakat untuk keuntungan sendiri. Lelaki berusia 69 tahun itu mempunyai penyokong di hampir 50 negara dan kerap memberikan syarahan tentang kepercayaannya kepada hampir 6,000 pengikutnya. Tinjauan pendapat oleh sebuah laman web terhadap 2,000 warga Britain itu mendapati bahawa golongan milenial adalah kumpulan umur paling mungkin mempercayai perkara tersebut. Hanya 2 peratus daripada mereka yang berumur 55 tahun ke atas yakin dengan idea tersebut. Kepercayaan aneh itu muncul ketika menteri-menteri di Britain digesa mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana syarikat media sosial yang gagal memadamkan kandungan bersifat antivaksin dan menyekat penyebaran mitos bahawa rangkaian telefon baharu 5G boleh menyebarkan Covid-19. – CARI Sumber: Kosmo
|
Azhargoth replied at 4-1-2022 10:30 AM
Who knows and seen cerita bersiri V. Kalau tau tu kira we same age..haha...
ADVERTISEMENT