Shah Alam: "Banjir yang melanda Taman Seri Muda pada 18 Disember tahun lalu membawa ingatan saya kembali kepada kejadian hampir sama di lokasi sama pada penghujung 1995."
Demikian luahan bekas penduduk Taman Sri Muda, Norrafidah Hashim, 54 tahun yang berdepan bencana itu sekitar Disember 1995 sehingga memaksa dia sekeluarga meninggalkan taman itu sehingga kini. Ketika itu, Norrafidah yang berumur 27 tahun hamil, enam bulan anak ketiga, bersama suami, Rokman Mat Adam, 28 tahun; anak sulungnya, Aina Nadirah Rokman, dua tahun 10 bulan dan Syafiq Rokman, lapan bulan serta pembantu rumah tinggal di rumah teres dua tingkat beralamat di No 29, Jalan 25/49 Taman Sri Muda berhampiran dengan Sungai Klang. "Hujan lebat selama kira-kira dua hari. Kemudian hujan reda tetapi air naik, waktu pagi mencecah jalan depan rumah tetapi apabila air naik makin tinggi kami tidak sempat alihkan kenderaan, kami cuma sempat menaikkan barang dalam rumah ke tingkat atas, Alhamdulillah.
"Sebelah petang, paras air dalam rumah mencecah paras pinggang, di luar rumah pula kira-kira tiga hingga empat kaki (kira-kira 1.2 meter). Kereta tenggelam sehingga paras papan pemuka (dashboard). "Sebaik air naik, petang kejadian (hari kedua, 25 Disember 1995) bot penyelamat bomba sampai. Kalau tidak silap saya, bot tanpa enjin. Bot penyelamat juga tidak banyak ketika itu. "Air tidak deras, saya bersama suami harung sampai ke kawasan tinggi tempat (mangsa banjir) berkumpul, manakala dua anak kami bersama pembantu rumah naik bot bomba," katanya ketika dihubungi. Norrafidah berkata, dia sekeluarga tidak ke pusat pemindahan, sebaliknya menumpang di rumah kawan selama beberapa hari sebelum berpindah ke rumah sewa baru di Paya Jaras Hilir. "Lepas banjir, saya terus tinggalkan (Taman Sri Muda) Shah Alam. Saya memang tidak balik tengok kesan banjir. Suami yang uruskan bersih rumah dan terus pindah," katanya yang kini menetap di Sungai Buloh. Norrafidah juga tidak menolak kemungkinan pihak kerajaan ada memaklumkan mengenai ramalan cuaca, namun sebaran maklumat ketika itu agak terhad, hanya bergantung kepada televisyen, radio dan akhbar sahaja. "Jauh berbeza dengan zaman media sosial hari ini. Jadi info itu mungkin tidak sampai dan juga kesibukan urusan kerja, jadi kita tidak jangka banjir di Taman Sri Muda ketika itu. "Saya anggap, Allah bagi ujian sebab Dia sayang. Kami reda dan sabar atas ujian. Masa itu kami masih muda, baru beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Harta benda pun tidak banyak, barang ala kadar. Jadi, kesan tidak seteruk mangsa banjir hari ini, tambahan pula kami dari Pantai Timur, pernah melalui (banjir) di zaman kanak-kanak," katanya. Berdasarkan carian arkib NSTP, pada 26 Disember 1995, Buletin Utama TV3 melaporkan Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengumumkan peruntukan bantuan kemanusiaan RM1 juta bagi membantu mangsa banjir berpendapatan rendah membina semula kehidupan mereka. "Lebih 10,000 orang terjejas akibat banjir itu, ia yang terburuk sejak 10 tahun lalu. Antara kawasan paling teruk terjejas adalah Taman Sri Muda. Air dilaporkan mencecah empat meter menenggelami rumah teres satu tingkat. "Ketika mengumumkan peruntukan bantuan RM1 juta, Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, antara bantuan yang difikirkan adalah membina semula rumah yang rosak akibat banjir," demikian laporan Buletin Utama TV3 oleh penyampai berita, Ezzah Aziz Fawzy ketika itu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
hyie replied at 4-1-2022 11:08 AM
gambar orang yang dukung baby tahun 1995 tu, budak tu pun dah besar kat gambar 2021 kalau kelu ...
hyie replied at 4-1-2022 11:08 AM
gambar orang yang dukung baby tahun 1995 tu, budak tu pun dah besar kat gambar 2021 kalau kelu ...
Decaffeinated replied at 4-1-2022 06:37 PM
dulu2 ada permainan spot the difference dalam sokkabar
ADVERTISEMENT