Muat naik terkini di Instagram pendakwah terkenal tanah air, Ebit Lew menarik perhatian orang ramai di media sosialnya. Video percutian bersama keluarga serta momen berdua bersama isteri tercintanya di Iceland, membuatkan orang ramai cemburu melihat detik manis pasangan ini.
Tidak cukup berkongsi momen manis dan romantis bersama isteri, pendakwah ini membuat luahan cinta pula yang di kongsikan dalam kapsyen posting tersebut. “Aurora. Rezeki berjumpa aurora bersama bidadari dan keluarga tercinta. Cantiknya. Subhanallah. Alhamdulillah. Rezeki. Segala puji bagi Allah. Bidadariku, I love you sayang. Dunia berubah. Tapi cinta kita sampai syurgan dengan izin Allah. Setiap hari abang jatuh cinta padamu bidadariku. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Ya Allah. Bidadari yang berada disisi. Berkorban berjuang dari mula kita berkenalan sehingga hari ini. Melalui perjuangan ini tak senang tapi ini perintah Allah sampai kita pejam mata dari dunia ini. I love you bidadariku sayang," tulisnya.
Melihat video percutian keluarga dan membaca luahan cinta pendakwah ini di Instagram, membuatkan orang ramai berkongsi pelbagai komen menarik serta mencuit hati di ruangan komen posting tersebut.
|
ADVERTISEMENT