Pelakon dan selebriti usahawan, Tya Ariffin, 28, tidak pernah menganggap dirinya dianak tirikan oleh industri seni hiburan tempatan meski kehadirannya tidaklah serancak atau seaktif artis-artis lain yang memfokus kepada bidang ini.
Menurut Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari, bahkan tidak pernah menggenggam sebarang anugerah berprestij di Malaysia juga bukanlah satu penyebab untuk dirinya putus asa untuk meneruskan impian dalam gelanggang seni di negara ini. “Sejak menceburkan diri dalam bidang hiburan sekitar tahun 2015, perjalanan karier seni saya tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai onak dan duri terpaksa saya tempuhi sebelum berjaya mencuri hati peminat tempatan.
“Saya bahkan tak pernah menang anugerah. Tak kecil hati pun kerana secara tidak langsung, ia menyuntik semangat saya untuk lebih giat menghasilkan karya seni dengan lebih baik pada masa akan datang. “Lagipun, saya sedar, untuk berada di kedudukan sekarang pun, tentulah ia tidak akan berhasil jika tanpa sokongan peminat dan semua pihak,”katanya.
|
Menurut Tya, antara anugerah keusahawanan yang diraihnya sebelum ini termasuk Anugerah Superbrands 2021, Nona Superwoman Awards 2020 menerusi kategori Most Promising Entreprenuer Award serta The BrandLaureate SMEs Best Brands e-Branding Award.
Tidak cuma itu, Tya juga dipilih sebagai pemenang Anugerah Ikon Selebriti Rakan Sokongan Penyusuan Susu Ibu peringkat Pusat Laktasi Kebangsaan.
dudaberhias: Dah engkau pun memang who are ...
Normabaru replied at 4-1-2022 09:06 PM
Down to earth jadah?
Anak org lahir..dia yang upload dlu
naina replied at 4-1-2022 11:36 PM
Yeke nokss award2 tu boleh dibeli. Baru ni nampak Wawa Jenal pun terima award juga walau dalam pan ...
ADVERTISEMENT