CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Payah Trend Sangat, Denda Atau Masuk Penjara Kalau Jual Makanan Guna Paku

5-1-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2164| Komen: 12

Petaling Jaya – Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan peniaga supaya tidak menggunakan paku atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan dan jika ingkar, tindakan undang-undang akan diambil.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan.

Menurutnya, mereka yang ingkar boleh didakwa di mahkamah serta dijatuhi hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.


Foto: Kosmo


“Hukuman yang lebih berat itu boleh dikenakan kepada peniaga sekiranya bahan tersebut ditemui dalam makanan.

“KKM mengambil maklum mengenai isu penggunaan paku bagi membungkus makanan yang tular di media sosial serta pandangan pelbagai pihak yang khuatir terhadap kaedah pembungkusan makanan yang tidak selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, pembungkusan makanan menggunakan paku yang menjadi trend pada masa kini tidak sepatutnya berlaku kerana terdapat pelbagai kaedah lain pembungkusan yang lebih selamat untuk membungkus makanan dengan baik.

Katanya, penggunaan paku, dawai kokot atau bahan lain yang berbahaya pada pembungkusan makanan tidak sepatutnya berlaku.

“Terdapat pelbagai kaedah pembungkusan makanan yang terbukti selamat dan berkesan membungkus makanan dengan baik,” ujarnya.

Noor Hisham turut mengingatkan para ibu bapa untuk memeriksa terlebih dahulu makanan yang diberikan kepada anak-anak sebelum dimakan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 5-1-2022 10:58 AM
paku tak pernah jumpa, tapi dawai kokot memang kerap sangat jumpa. dulu isu ni pernah naik, tapi peniaga wat dekkkkk je. kalau gi cari makan kat pasar tani, 80% memang guna dawai kokot untuk packaging dorang
Quote ifanonline 5-1-2022 11:08 AM
pengotor betul  peniaga malaysia ni
Quote imransulaiman 5-1-2022 11:22 AM
Dawai kokot biasa jumpa kalau beli pulut panggang...
Quote bottombikini 5-1-2022 11:34 AM
merempan la acik2 pulut panggang pasni
Quote buapakperut 5-1-2022 01:50 PM
Kembang tekak tengok makanan berpaku2, sape la punya idea ni
Quote buapakperut 5-1-2022 01:51 PM
imransulaiman replied at 5-1-2022 03:22 AM
Dawai kokot biasa jumpa kalau beli pulut panggang...

Kuih tepung pelita pun Sama ,hati2 kalau beli .dahla stapler Tu kena kat isi kuih tu
Quote Artemesiaa 5-1-2022 01:53 PM
Ramai yang tak tahu undang2 sebab tu jadi macam tu
Quote FOTHER-MUCKER 5-1-2022 01:59 PM
Lawak lah menggunakan paku sebagai trend untuk melakukan perniagaan tu

Nampak bodoh adalah.
Quote kelip2_07 5-1-2022 02:10 PM
trend apenye org tu dh niaga puluh tahun dh
Quote jazaa100 5-1-2022 04:40 PM
Guna getah kan lebih selamat & kemas
Quote miszclassique 5-1-2022 04:53 PM
jazaa100 replied at 5-1-2022 04:40 PM
Guna getah kan lebih selamat & kemas

Tak silap i sbb dia bubuh nama kedai nasi paku camtuhh, kalau guna getah terpaksa la letak nasi getah uhukzzz... Diorang ni nak cari kelainan tapi ontahlerr, nama kedai kopi senget sbb bangunan kedai tu senget pun hurmmm jgk
Quote slyfynx 5-1-2022 05:23 PM
Kuih bekas pastik pastu stapler kt tepi pun aku nk carut.
Ape tah lg yang ni.
Bekas plastik tu dah mmg dicipta boleh lock kalau ko tutup betul2.
Nk stapler lg buat ape?
Nk bukak tu pun dah mencarut

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.060421 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top